PEMIMPIN CINA KUTUK, SIFATKAN ALVIN, VIVIAN PASANGAN
BIADAB
KUALA LUMPUR
14 Julai - Tindakan pasangan kontroversi, Tan Jye Yee dan Vivian Lee
mempersenda agama Islam dan bulan Ramadan dalam Facebook baru-baru ini tidak
boleh diterima dan mendapat tentangan daripada masyarakat Cina negara ini.
Beberapa
pemimpin kaum Tionghua turut menyelar tindakan biadab pasangan digelar Alvin
dan Vivian itu serta mahu tindakan tegas diambil ke atas mereka demi menjaga
keharmonian kaum.
Ketua Biro
Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong menganggap perbuatan pasangan itu
kurang ajar dan mereka wajar ditangkap serta dikenakan tindakan undang-undang.
"Saya ada
berbincang dengan 10 rakan Cina tentang perkara ini, kesemua mereka amat marah
dan menyifatkan perbuatan itu tidak sepatutnya terjadi. Saya yakin kaum Cina
lain juga marah dan menganggap perkara itu cukup kurang ajar.
"Dua
orang ini perlu 'diajar'. Dahulu mereka memalukan kaum Cina, tetapi sekarang
melakukan publisiti murahan dengan menghina masyarakat Islam pula,"
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Pasangan yang
sebelum ini merakam adegan seks, baru-baru ini telah memuat naik gambar mereka
menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh
(sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.
Mengulas
lanjut, Michael bersetuju jika pasangan itu ditangkap dan dikenakan tindakan
undang-undang yang sewajarnya.
"Apa cara
sekali pun, mereka berdua ini perlu diajar dan dihukum.
"Dahulu
mereka pernah memalukan kaum Cina dengan melakukan perbuatan terkutuk, sekarang
mereka cuba menggugat keharmonian kaum pula," katanya.
Seorang lagi
pemimpin kaum Cina iaitu Pengerusi Pertubuhan Social Care, Tan Sri Robert Phang
berkata, perbuatan Alvin dan Vivian itu sangat melampau dan tidak boleh
diterima sama sekali.
"Perbuatan
menunjukkan makanan 'non halal' sebegitu dengan kapsyen 'Selamat Berpuasa'
sangat melampau. Perkara itu tidak boleh dibenarkan kerana kaum Cina di negara
ini harus menghormati ibadat orang Islam yang sedang berpuasa.
"Saya
harap kaum Cina menjaga sensitiviti rakyat dengan tidak melakukan perbuatan
menjejaskan keharmonian kaum," katanya ketika ditemui selepas membuat satu
laporan polis di Balai Polis Tun Razak hari ini.
Selain beliau,
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye
berkata, pasangan itu boleh disiasat mengikut undang-undang berikutan laporan
polis yang dibuat banyak pihak.
"Mereka
tidak sensitif dengan perkara yang begitu penting kepada orang Islam dan saya
sebagai pemegang amanah Yayasan 1Malaysia amat kesal apabila perkara ini
terjadi.
"Saya
juga anggap perbuatan mereka itu tidak boleh diterima ramai dan wajar dikecam
pelbagai pihak," katanya.–Utusan Online
No comments:
Post a Comment