HARGA
AYAM NAIK: KERJA ORANG TENGAH?
SHAH ALAM – Kenaikan harga ayam bukan disebabkan oleh penjual dan
pengeluar semata-mata tetapi berpunca daripada orang tengah yang mengambil
kesempatan apabila permintaan meningkat.
Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad
Shaani Abdullah berkata, ada orang mengawal pengeluaran ayam menjelang musim
perayaan.
“Bukan peruncit sengaja menaikkan harga, tetapi apabila pengedar
meletakkan harga tinggi maka mereka terpaksa menjualnya dengan harga yang
tinggi juga.
“Bagaimanapun, ada hubung kait di antara pengeluar, orang tengah
(pengedar) dan peruncit yang boleh menjadi penentu kepada kenaikan harga ayam,”
katanya.
Katanya, pengguna berkuasa menghalang kenaikan harga barang.
Undang-undang sahaja tidak mampu menyekat secara keseluruhan.
“Kita tidak boleh bergantung
kepada penguatkuasaan sahaja. Pengguna perlu boikot atau kurangkan
pembelian agar penjual dan pengedar lebih bersikap adil kepada pembelinya,”
katanya.
Tindakan seumpama itu, katanya, mampu memberi kesan jangka panjang.
“Semua perlu bersatu bertindak pada pasaran bagi memastikan harga itu
mampu dikawal di tangan pengguna sendiri.
“Orang kaya walaupun mampu beli ayam dengan harga RM10 sekilogram, juga
perlu boikot sama sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada orang miskin,”
katanya.
Tambah beliau, kerajaan juga perlu menyokong pendekatan ini dan memberi
penerangan yang lebih meluas agar situasi sama tidak berulang apabila menjelang
musim perayaan. –Sinar Harian
No comments:
Post a Comment