KRISIS MESIR: TIBA MASA MALAYSIA NYATAKAN PANDANGAN
SHAH ALAM –
Keganasan tentera Mesir terhadap rakyatnya perlu dibincangkan secara
serius melalui sidang khas Parlimen, kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk
Bong Mokhtar Radin.
“Parlimen hanya akan bersidang pada 23
September depan. Agak terlambat membincangkan isu ini jika menunggu persidangan
Parlimen akan datang,” katanya.
Oleh itu, beliau melihat keperluan untuk
sidang khas Parlimen itu diadakan segera.
"Sehari suntuk memadai bagi membincangkan
perkara ini," katanya.
Menurut Bong Mokhtar, Malaysia perlu
menyatakan pandangan lebih tegas, meskipun sebelum ini telah menyatakan
pendirian menolak keganasan oleh kerajaan sementara Mesir.
“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga
perlu digesa bertindak dalam menamatkan segera konflik yang berlaku di Mesir,
katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menyeru pihak berkuasa Mesir menjalankan sekatan dengan serta-merta bagi
menghentikan keganasan di negara itu.
Melalui laman sosial Twetter, Najib berkata:
"Kami terganggu denganlaporan keganasan terhadap penunjuk perasaan di
Mesir dan menyeru pihak berkuasa untuk menjalankan sekatan.
"Mana-mana korban awam adalah amat
dikesali. Justeru, kami menggesa semua pihak menghentikan permusuhan dengan
serta-merta dan bekerja ke arah penyelesaian yang aman,” katanya.
Malaysia, melalui Menteri Luar, Datuk Seri
Anifah Aman telah melahirkan kebimbangan terhadap keadaan di Mesir itu.
Anifah dilaporkan berkata, Kuala Lumpur
berharap Kaherah dapat menyelesaikan ketidakstabilan politik itu secara aman,
sekali gus membolehkan proses demokrasi dikembalikan semula.
Berbeza pula dengan Ahli Parlimen Ledang,
Datuk Hamim Samuri yang berpendapat pendirian Malaysia sebelum ini sudah
memadai, tanpa perlu diadakan sidang khas Parlimen.
Ini, kerana katanya, pendirian Malaysia dalam
isu ini telah dinyatakan dengan tegas oleh perdana menteri yang mengutuk
sebarang keganasan. – Sinar Harian
No comments:
Post a Comment