PEMBUNUHAN DI MESIR SEJARAH HITAM UMAT ISLAM
KOTA BHARU - Lima pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) di negeri ini menyertai masyarakat antarabangsa membidas kekejaman
pasukan keselamatan Mesir terhadap penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi.
Wakil NGO terbabit, Safei @ Suhaimi Sulaiman
berkata, kekejaman yang berlaku di Mesir merupakan sejarah hitam umat Islam di
negara itu.
"Peristiwa pembunuhan kejam terhadap umat
Islam Mesir yang tidak berdosa oleh saudara-saudara mereka sendiri adalah amat
dikesali dan amat memalukan bukan sahaja umat Islam tetapi seluruh umat
manusia.
Safei berkata, masyarakat dunia khususnya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan
Liga Arab segera bertindak mengelak pertubuhan darah lebih besar berlaku di
Mesir.
Beliau berkata, pihaknya turut mendoakan agar
rakyat Mesir memperoleh jalan keluar ke arah kedamaian dengan sebaik mungkin.
"Kita juga berdoa semoga pelajar-pelajar
Malaysia yang berada di Mesir sentiasa dalam keadaan selamat dan berharap
kerajaan sentiasa mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjamin keselamatan
pelajar kita di sana," katanya. – BERNAMA/Utusan Online
No comments:
Post a Comment