PTPTN: KAJI SEMULA KAEDAH KUTIPAN PINJAMAN
KUALA LUMPUR -
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menggesa kerajaan mengkaji semula
kaedah kutipan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
untuk menyenaraihitamkan peminjam menerusi sistem rujukan maklumat kredit
berpusat (CCRIS).
Setiausaha
Agungnya, Zambri Mohd. Isa berkata, kaedah tersebut dilihat agak radikal dalam
persekitaran ekonomi negara yang kurang memberangsangkan dan kos sara hidup
yang semakin tinggi.
"Sistem ini
akan mengakibatkan peminjam PTPTN tidak berupaya meminjam dari institusi
kewangan bagi membeli rumah, kenderaan dan sebagainya.
"Usaha untuk
mengutip balik hutang PTPTN perlu dilakukan secara efektif dan berterusan agar
dana itu dapat digunakan semula kepada generasi yang akan datang," katanya
dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu,
Zambri mencadangkan untuk mengadakan sidang meja bulat dan perbincangan dengan
pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Majlis Perwakilan
Pelajar untuk menangani masalah demikian.
"Justeru,
GPMS mohon kerajaan mengkaji semula dan menjemput badan-badan berkaitan untuk
berbincang dan mencari kaedah yang sesuai untuk kutip balik hutang PTPTN,"
katanya.- Utusan Online
No comments:
Post a Comment