PTPTN: PEMUDA UMNO TOLAK SISTEM CCRIS
KUALA LUMPUR -
Pergerakan Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan langkah kerajaan
menyenaraihitamkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) yang gagal membayar balik pinjaman di bawah Sistem Maklumat Rujukan
Kredit Pusat (CCRIS).
Ketuanya, Khairy
Jamaluddin berkata, sepatutnya kerajaan mengguna pakai segala mekanisme kutipan
serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang enggan melunaskan
hutang PTPTN mereka dan bukannya menyenaraihitamkan.
Malah, beliau
berkata, keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu dengan mengambil
kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal berasaskan
kepada situasi semasa peminjam.
''Pinjaman PTPTN
amat berbeza dengan hutang kad kredit atau kenderaan kerana tidak tergolong
dalam pinjaman berasaskan pilihan peribadi,'' katanya dalam kenyataan di sini
hari ini.
Khairy berkata,
harus diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan memandangkan kerajaan
tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi.
''Keperluan
memiliki kelulusan sama ada diploma mahupun ijazah (pada masa ini) adalah
penting bagi pembangunan kerjaya dan intelektual seseorang anak muda,''
ujarnya.
Dalam perkembangan
berkaitan beliau berkata, bilangan peminjam tegar yang tidak melunaskan
sebarang pembayaran balik adalah kecil.
No comments:
Post a Comment