VIDEO RAYA: PELATIH
ANJING DIBAWA KE SEGAMAT
PETALING JAYA: Maznah Mohd Yusof, wanita
yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga
anjing peliharaannya akan dibawa ke mahkamah Majistret di Segamat yang
berkemungkinan bagi mendapatkan perintah lanjutan reman terhadapnya.
Gambar fail menunjukkan Maznah sedang melatih
anjing-anjing peliharaannya.
|
Peguamnya Latheefa Koya berkata, Maznah
telah dibawa ke Segamat awal pagi Khamis iaitu tempat di mana laporan polis
pertama dibuat ke atasnya.
"Ini sesuatu yang tidak masuk akal.
Mereka sepatutnya boleh menjalankan siasatan di Kuala Lumpur atau
Selangor," kata pada Khamis.
Menurut Latheefa beliau sempat menemui
Maznah di Bukit Aman awal pagi ini.
Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz
ditahan pada Rabu.
Wanita itu mencetuskan kontroversi
apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri
bersama tiga anjingnya dimuat naik ke malam YouTube pada Isnin.
Video itu menunjukkan Chetz membawa tiga
ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir
raya.
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu
turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya,
kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap
anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.
Video itu juga menyiarkan kata-kata:
"Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan
asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."
Video itu turut memuatkan ucapan
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz
sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di
atas sofa.. -BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment