GESA SEGERA
DAFTAR PR - PAS JOHOR
SHAH ALAM - Pas Johor menggesa kepimpinan parti agar
menyegerakan pendaftaran PR bagi membolehkan sistem dua parti dilaksana di
Malaysia.
Perwakilan Johor, Firdaus Masood berkata, sebelum ini isu
pendaftaran ini pernah diusulkan oleh bekas pimpinan PR Datuk Zaid Ibrahim, ke
Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga ke Parlimen.
Menurutnya, sehingga kini tindakan mengenai isu pendaftaran ini masih belum
diselesaikan.
"Kami minta pihak pemimpin PR perlu bersungguh-sungguh
menangani masalah ini. Menerusi pendaftaran ini sistem dua parti di Malaysia
dapat dilaksanakan," katanya,
Dalam pada itu beliau turut mencadangkan supaya melantik
jurucakap PR di peringkat pusat dan juga di peringkat negeri.
"Kita tidak mahu semua pemimpin berebut nak keluarkan
kenyataan semata-mata untuk meraih publisiti," katanya.
-Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment