PAS MAHU HADI JADI PM
SHAH ALAM — Pas mahu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang menjadi perdana menteri negara ini, kata Naib Presiden Datuk Husam Musa
hari ini.
Beliau memberitahu Muktamar Pas Ke-59 di sini bahawa itulah
yang seharusnya menjadi agenda perjuangan parti dan perlu dibincang oleh
seluruh saf kepimpinan untuk direalisasikan.
"Saya nak tengok Ustaz Hadi jadi Perdana Menteri
sebelum dia mati, walaupun cuma satu hari.
"Kata-kata (perwakilan) konon Pas akan tinggalkan
agenda untuk tawan Putrajaya sepatutnya tidak patut diucapkan. Kita sepatutnya
susun strategi untuk memastikan kemenangan diperolehi," katanya pada sesi
penggulungan muktamar itu di sini.
Kata-kata Husam mendapat tepukan gemuruh perwakilan sekali
gus menjadi isyarat bahawa Pas tidak mahu Ketua Pembangkang dan Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri seperti
cakap-cakap sebelum ini.
Husam berkata, dengan menjayakan agenda itu, semua anggota
Pas pastinya senada dan tidak akan berselisih faham dalam memilih perdana
menteri. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment