GST: KERAJAAN PERLU
TURUN PADANG
Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Teknologi, Multimedia dan
Komunikasi, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Khairie Ahmad berkata, ini
kerana, masyarakat mempunyai persepsi negatif terhadap GST akibat kekurangan
maklumat sejak GST dicadangkan pada 2005.
“Tidak salah guna media sosial dan media massa seperti radio
dan televisyen berikan penjelasan. Memang semua kerajaan dan organisasi gunakan
kaedah itu untuk menguar-uarkan suatu perkara.
“Dalam kes GST, kerajaan boleh guna medium itu namun pada
masa sama, kena turun padang menerangkan kepada rakyat seperti yang dilakukan
calon ketika berkempen pilihan raya.

Mohd Khairie berkata, akibat kekurangan maklumat, masyarakat
mempunyai pandangan berbeza berbanding dengan perkara yang mahu disampaikan
kerajaan.
Bagi mengatasi masalah itu, beliau berkata, penglibatan
pemimpin komuniti seperti ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk,
pengerusi jawatan kuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) serta imam
boleh digunakan.
Menurutnya, kaedah komunikasi interpersonal seperti itu
mampu meningkatkan kefahaman selain memberikan impak lebih besar kepada
masyarakat.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment