KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini
menggemparkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013 apabila meminta Jakim mengambil
tindakan ke atas orang nombor dua Pas kerana didakwa mengamalkan ajaran Syiah.
Menteri Dalam Negeri itu ketika sesi penggulungan PAU hari
ini memberikan 'lampu hijau' kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang
portfolio agama menjalankan tugasnya.
"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi
orang nombor dua dalam Pas. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil
tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya.
Dalam Muktamar Pas ke 59 baru-baru ini, Mohamad Sabu atau
lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berjaya mempertahankan jawatan
timbalan presiden Pas.
Ahmad Zahid juga turut menggesa pemimpin Pas supaya tidak
berselindung di sebalik perjuangan parti dan menyeru ahli Pas menolak ajaran
sesat.
"Kita tahu pemimpin Syiah dalam Pas, parti itu perlu
ketepikan politik sebegini, saya hairan bagaimana pemimpin ini boleh dilantik
dalam parti.
"Saya berbesar hati jika Pas turut ikut banteras ajaran
syiah, alangkah bagus Pas menunjukkan keberaniannya menolak pemimpin besar
itu," katanya lagi.
Dalam pada itu, sebagai usaha membanteras ajaran sesat
termasuk ajaran Syiah, beliau mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Agama Islam
dengan kerjasama KDN menubuhkan suruhanjaya khas bagi menangani gejala
tersebut.
Selain menguatkuasa Akta Pertubuhan 1966, usaha itu perlu
bagi membendung ajaran sesat daripada menular di negara ini yang boleh
memecahbelahkan perpaduan umat Islam.
"Ajaran Syiah semakin bahaya, musuh Islam ialah Syiah
dan kerajaan sedang giat menanganinya dengan Jakim," katanya lagi.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment