UMNO TIDAK PERNAH RASIS - PM
KUALA LUMPUR: Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno tidak pernah bersikap rasis
malah bersikap adil kepada semua kaum di negara ini.
Beliau berkata, demi keseimbangan sosial dan keadilan jangka
panjang bersama kaum lain, orang Melayu dan Bumiputera mesti dipertingkatkan
kedudukan mereka.
Najib menegaskan supaya tidak ada pihak yang bersikap
apologetik kerana ini adalah hak orang Melayu dan Bumiputera yang perlu
dilaksanakan.
"Tetapi kita tidak nafikan hak kaum lain. Bila masa
kaum lain terbantut perkembangan kedudukan mereka di negara kita?
"Bila masa kita laksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB),
adakah mereka (kaum bukan Melayu) terpinggir, adakah rezeki terputus? Terbukti
bahawa Umno adil kepada semua kaum," katanya pada ucapan penggulungan
Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini,
Sabtu.
Sehubungan itu, Najib meminta supaya tiada pihak yang
menunding jari kepada Umno sebagai rasis.
"Umno bukan rasis, Umno tidak pernah rasis. Umno
sentiasa bersikap adil kepada semua.
"Dan kita hendak mereka (kaum lain) untuk sama-sama
dengan kita... Cina, India, Kadazan, Iban dan semua (kaum) untuk sama-sama
dengan kita tetapi kepimpinan negara ini diterajui Umno untuk memberi
keadilan," katakan.
Sumber: mStar Online
No comments:
Post a Comment