PAHANG PERTIMBANG
MANGSA BANJIR DIKECUALI BAYAR BIL AIR
KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang mempertimbang untuk
mengecualikan mangsa banjir membayar bil air di sepanjang tempohmereka ditimpa
musibah banjir.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, langkah itu
adalah bukti keprihatinan kerajaan negeri dalam meringankan beban rakyat yang
ditimpa banjir'luar biasa' beberapa hari lepas.
"Kita akan tengok daripada bulan berapa sampai bulan
berapa.
"Saya harap (mangsa banjir) sabarlah. Saya juga sedih
melihat kemusnahan yang berlaku akibat banjir dan keadaan yang menimpa mangsa
sebab saya tidak ada banyak wang untuk diberikan kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan
perubatan kepada mangsabanjir di pusat pemindahan Wisma Belia di sini Ahad.
Seramai 10 pegawai perubatan dan 10 jururawat akan
ditempatkan di pusatpemindahan berkenaan bagi memantau tahap kesihatan dan memberi
rawatan segerakepada mangsa.
Turut hadir Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Profesor Datuk
Dr Abu Hasan Asaari Abdullah.
Adnan dalam pada itu berkata, kerajaan juga akan berusaha
mencari mekanisme terbaik untuk memastikan bantuan dapat disalur secara
berkesan kepada mangsa banjir berikutan terdapat rungutan berhubung agihan
bantuan di pusat pemindahan.
"Bencana banjir kali ini adalah luar biasa dan turut
melibatkan bilangan mangsa terlalu ramai di kawasan-kawasan tidak dijangka
menyebabkan proses menghulurkan bantuan sedikit bercelaru.
"Oleh itu, kita (kerajaan negeri) akan mendapatkan
mekanisme terbaik untuk memastikan semua mangsa terlibat banjir menerima
bantuan," katanya.
Katanya lebih 1,000 anggota tentera juga ditempatkan di 16
lokasi terjejas banjir melibatkan lapan daerah di Pahang sejak beberapa hari
lalu.
Lapan daerah terlibat banjir di negeri itu ialah Bera,
Temerloh, Lipis, Jerantut, Rompin, Pekan, Maran dan Kuantan melibatkan
keseluruhan mangsa lebih 40,000 orang.
"Anggota tentera ditempatkan bagi memberi bantuan
perubatan serta membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir di kawasan terlibat.
"Tentera juga menghantar tukang-tukang masak untuk
menyediakan makanan kepada mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di semua
daerah terjejas," katanya. –BERNAMA
Sumber: mStar Online
KD: Inilah contoh
kerajaan negeri yang prihatin..
No comments:
Post a Comment