PULAU PINANG TETAPKAN
SYARAT JUAL SEMULA RUMAH
GEORGE TOWN: Rumah di Pulau Pinang yang dibeli pada harga
RM400,000 dan ke bawah tidak lama lagi akan dilarang untuk dijual semula dalam
tempoh masa yang tertentu tanpa persetujuan kerajaan.
Diumumkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang akan mengenakan
peraturan perumahan yang ketat mulai 1 Februari tahun depan bagi mengekang
spekulasi hartanah.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, rumah mampu milik yang
dibeli pada harga di bawah RM400,000 di Pulau Pinang dan RM250,000 di tanah
besar itu tidak boleh dijual selama lima tahun, manakala unit perumahan kos
rendah dan sederhana rendah yang berharga sehingga RM72,500 di seluruh negeri
tidak boleh dijual selama 10 tahun.
Beliau berkata, pemilik unit-unit ini yang mahu menjual
mereka dalam tempoh berkenaan perlu membuat rayuan kepada kerajaan negeri
dahulu dan unit-unit hanya boleh dijual kepada mereka yang berkelayakan iaitu
"pembeli yang disenaraikan" yang berdaftar dengan jabatan perumahan
negeri.
Lim dalam satu kenyataan media pada Ahad bahawa, peraturan
itu melibatkan pembelian rumah sebelum ini dan akan datang.
Sumber: mStar Online
No comments:
Post a Comment