''Pengenalan
GST merupakan kaedah paling berkesan bagi kerajaan mewujudkan aliran pendapatan
baharu, dan pada masa yang sama mengurangkan penggantungan ke atas pendapatan
menerusi petroleum. –UtusanOnline
Monday, October 22, 2012
GST, CUKAI KEKAYAAN SERENTAK

KUALA
LUMPUR 21 Okt. - Kerajaan disaran melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan
(GST) dan cukai kekayaan (wealth tax) serentak bagi mengelakkan isu
ketidakadilan terhadap golongan pertengahan.
Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan BoardRoom Ltd., Kim Teo berkata, memandangkan
pelaksanaan GST sebelum ini dikatakan akan membebankan golongan kelas
pertengahan kerana mereka merupakan kumpulan pengguna utama dalam ekonomi,
pengenalan cukai kekayaan dapat merapatkan jurang antara golongan kaya dan
pertengahan.
HARGA ROKOK NAIK 20 SEN
KUALA
LUMPUR 21 Okt. - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah
mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai esok.
"Kami
dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober
tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami
antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuat-kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.
"Berikutan
itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata Pengarah Urusan BAT
Malaysia, William Toh dalam satu kenyataan.
Harga
baharu rokok adalah seperti berikut:-
Rangkaian
DUNHILL - RM10.20
Rangkaian
KENT - RM10.20
Rangkaian
PETER STUYVESANT - RM8.70
Rangkaian
PALL MALL - RM8.70
PALL MALL
Biasa - RM10.60
BENSON
& HEDGES - RM10.20
LUCKY
STRIKE PLAIN - RM10.60
ROTHMANS
INTERNATIONAL - RM10.60
BAT
Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang
merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau
tersenarai yang kedua terbesar dunia. –BERNAMA/UtusanOnline
PRU-13 SESUAI BILA-BILA MASA DARI SEKARANG - TUN M
SERI
ISKANDAR: Pilihan raya umum ke-13 sesuai diadakan bila-bila masa sahaja,
termasuk pada tahun ini namun terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak untuk memilih tempoh yang sesuai, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas
Perdana Menteri berkata sama ada diadakan hujung tahun ini atau awal tahun
depan iaitu sebelum mandat lima tahun Barisan Nasional (BN) tamat, bila-bila
masa dari sekarang juga merupakan masa yang baik untuk mengadakan pilihan raya.
"Bergantung
kepada Datuk Seri Najib apa keputusannya. Pandangan saya adalah pandangan saya.
Saya fikir kita sudah sampai penghujung, ia tidak menjadi masalah sama ada
akhir tahun ini atau awal tahun depan," katanya ketika ditemui pemberita
selepas majlis konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini, Ahad.
Beliau
berkata Barisan Nasional (BN) boleh menunggu waktu yang sesuai untuk
memuktamadkan tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan
raya umum namun ini juga memberi peluang kepada parti pembangkang untuk membuat
persediaan.
Dr Mahathir
berkata beliau tidak menolak kemungkinan pilihan raya diadakan pada tahun ini
juga. –BERNAMA/mStar
Friday, October 19, 2012
AES BERJAYA DI 90 NEGARA
KUALA
LUMPUR 18 Okt. - Pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di 90 negara
di seluruh dunia terbukti berjaya mengurangkan kadar kemalangan di antara 40
sehingga 60 peratus.
"Saya
telah jelaskan dan ingin tekankan sekali lagi bahawa kerajaan tidak mempunyai
sebarang rancangan untuk melakukan kajian dan menangguhkan pelaksanaan AES.
Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan telah menjalankan kajian
selama 10 tahun sebelum memutuskan untuk melaksanakan sistem berkenaan di
negara ini.
Oleh itu
katanya, kerajaan tidak berhasrat untuk mengkaji semula penggunaan sistem
berkenaan walaupun mendapat tentangan daripada sesetengah pihak.
"Kami
telah melakukan kajian hampir 10 tahun dan sistem ini terbukti berjaya di 90
negara luar. Selain itu, kami juga menerima reaksi positif daripada majoriti
pengguna jalan raya yang mahukan AES dilaksanakan kerana tidak gembira dengan
sikap buruk pengguna jalan raya lain," katanya ketika ditemui di lobi
Parlimen hari ini.
Sebanyak
831 lokasi hitam kemalangan bakal dilengkapi (AES) termasuk 14 lokasi yang
telah beroperasi sejak 23 September lalu dan lokasinya ditentukan berdasarkan
data kemalangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pada
itu, Cho Ha turut menolak dakwaan bahawa kerajaan mengeluarkan perbelanjaan
yang besar untuk memasang dan melaksanakan sistem tersebut.
Katanya,
kerajaan tidak mengeluarkan satu sen pun kerana sistem berkenaan dikendalikan
oleh syarikat konsesi yang diberi tanggungjawab selama lima tahun.
"Selepas
habis tempoh lima tahun, syarikat tersebut akan menyerahkan semua kamera,
kenderaan, termasuk peralatan di pusat operasi," jelasnya. -UtusanOnline
KD: AES = adalah jaminan kepada pemandu yang berhemah... tetapi cabaran kepada pemandu yang gemar melanggar undang-undang lalu lintas..
PM LANCAR GAGASAN NAJ1B
LUMUT -
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan "Gagasan
NAJ1B", iaitu lanjutan kepada pendekatan Gagasan Aman Jaya yang selama ini
dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.
Gagasan
NAJ1B yang merupakan akronim kepada Gagasan Negeri Aman Jaya 1Malaysia Bersatu,
cetusan idea Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dilancarkan
sempena program Jamuan Janji Ditepati, di sini.
Majlis itu
merupakan antara beberapa acara yang dihadiri Perdana Menteri sempena lawatan
beliau ke Teluk Intan, Seri Manjung dan Lumut.
Zambry
berkata Gagasan NAJ1B akan memperkukuh lagi slogan "Tiada Tertinggal Tiada
Terpinggir" dalam memastikan semua rakyat mendapat nikmat daripada
limpahan kemakmuran negeri di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.
Beliau
berkata gagasan itu juga merupakan terjemahan kepada pendekatan 3P iaitu
Pandang, Perasaan dan Penyelesaian yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
"Melalui
pendekatan-pendekatan ini, pada akhirnya, rakyat yang hidup aman dan berjaya
akan menyumbang kepada pencapaian matlamat negara Malaysia yang bersatu padu
melalui konsep 1Malaysia," katanya. – Bernama/SinarHarian
UNSUR ANARKI DALAM MEDIA DIGITAL SEMAKIN JELAS - KADIR
JASIN
PETALING
JAYA: Unsur anarki dalam media terutama berasaskan Internet di Malaysia
dijangka akan menjadi lebih buruk melalui perang siber menjelang pilihan raya
umum.
Ia
dikhuatiri mengakibatkan pengundi membuat pilihan kerana kekeliruan dan bukan
kefahaman, kataTokoh Wartawan Negara Datuk A.Kadir Jasin.
Semasa
berkongsi pemerhatian itu dalam wacana "Komunikasi Massa: Antara Demokrasi
dan Anarki" di sini, Khamis beliau berkata anarki dalam media digital
secara terang-terangan memutar-belitkan fakta dan dalam masa yang sama tidak
menghormati hak menjawab (mereka yang dilibatkan).
Katanya
unsur anarki dalam media berlaku apabila mereka yang tidak terlatih dalam selok
belok kewartawanan, tidak arif mengenai undang-undang berkaitan dan etika
kewartawanan serta mentakrifkan kebebasan secara literal, telah melantik diri
menjadi 'wartawan'.
"Boleh
dijangkakan perang siber ini mungkin memburukkan unsur anarki ini yang akan
berlaku dengan lebih hebat dalam masa yang singkat apabila Dewan Rakyat
dibubarkan dan tarikh PRU (pilihan raya umum) ditentukan. "Ini situasi yang
perlu diperhatikan oleh pengkaji-pengkaji media, PRU akan datang banyak bukan
ditentukan oleh kefahaman, tetapi kekeliruan.
"Ini
kemungkinan yang sangat berbahaya apabila orang yang akan keluar mengundi,
tidak keluar mengundi atau merosakkan undi kerana kekeliruan," kata Kadir.
Kadir yang
juga blogger 'The Scribe A Kadir Jasin' berkata pengendali blog tidak harus
menyiarkan komen-komen yang memihak kepada mereka sahaja.
Beliau
berkata kewartawanan warga ) di alam siber kini juga sudah dicemari oleh orang
politik dan kapitalis.
Beliau
berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, laman-laman blog terang-terangan
dimiliki, diilhamkan dan dibiayai parti-parti politik, dan sekaligus memberi
gambaran bahawa medium Internet itu diakui berkesan dan mempunyai peluang
ekonomi dalam kegiatan itu.
"Dulu
tidak ada blogger upahan, sekarang banyak blog yang sudah tidak berkecuali.
Dulu nampak anti-establishment atau tidak menyokong pihak berkuasa, hari ini
tidak lagi bersikap demikian," katanya.
Kadir
ketika menyimpulkan wacananya berkata anarki siber sudah menjadi sebahagian
landskap komunikasi massa malah merumitkan industri itu sendiri.
"Hari
ini seorang programmer mencipta satu program yang dihakmilikkan, sebaik sahaja
disebarkan atau dilancarkan akan ada beratus-ratus atau beribu-ribu orang yang
cuba memecahkannya, mereka (ini) juga adalah anarkis alam siber," katanya.
Beliau juga
menyimpulkan bahawa ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi memberi kesan
dalam pendemokrasian maklumat selain memecahkan monopoli media tradisional dan
media arus perdana ke atas maklumat dan pendakyahan (propaganda).
"ICT
sudah mula melahirkan generasi tanpa sempadan, tanpa wajah dan terdedah kepada
penerimaan berita 'hearsay' atau cakap mulut. Bagi saya ia membimbangkan akibat
ketidakcekapan dan ketidak bertanggungjawaban pengguna dan pemilik
teknologi," katanya.
Kadir yang
ditanya mengenai cadangan penubuhan Majlis Media Sosial, berkata beliau tidak
menentang penubuhan majlis itu. "Tubuhlah, kalau hendak buat, saya tidak
bangkang. (Tapi jika) hendak kawal media Internet, hampir mustahil sebab sampai
sekarang tidak boleh kesan semua pemilik blog, tutup hari ini, esok (timbul)
yang baharu," katanya.
Ketika
ditemui pemberita selepas wacana itu, Kadir menggesa wartawan supaya memainkan
peranan mereka dalam usaha mencegah penyebaran unsur anarki dalam media.
"Wartawan
perlu selalu mengingatkan diri agar menulis berdasarkan fakta, selalu membuat
kajian dengan banyak membaca dan tidak terlalu bergantung pada kenyataan akhbar
dan teks ucapan semata-mata,"katanya.
Katanya,
wartawan kini lebih seharusnya jauh lebih berpengetahuan dan bijak menggunakan
maklumat yang terdapat dalam Internet untuk memberikan artikel yang bermaklumat
tepat kepada khalayak.-BERNAMA/mStar
MELAYU SUDAH LAMA BERPECAH – TUN M
KUALA
TERENGGANU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan,
tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan parti pada
1998 bukan penyebab bermulanya perpecahan dalam kalangan orang Melayu.
Sebaliknya,
jelas beliau, orang Melayu di negara ini sudah lama berpecah termasuk ketika
penubuhan Malayan Union yang mana pelbagai konflik tercetus termasuk wujud
golongan ulama daripada UMNO yang mengambil keputusan menubuhkan parti Pas.
Selain itu,
jelas Dr. Mahathir, tindakan Tengku Razaleigh Hamzah yang menubuhkan parti
serpihan UMNO iaitu Semangat 46 turut membuktikan telah berlaku perpecahan
dalam kalangan orang Melayu ketika itu.
"Jadi,
mahu kata kerana saya pecat Anwar (penyebab mula berlaku perpecahan orang
Melayu) tidak benarlah. Kita tidak boleh menerima orang seperti ini (Anwar)
menjadi Perdana Menteri. Sebab beliau ada karakter yang tidak boleh menjadi
seorang Perdana Menteri.
"Kita
tidak boleh terima manusia yang moralnya terlalu rendah untuk menjadi seorang
pemimpin, kita malu dengan pemimpin seperti ini," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika menjawab soalan peserta dalam sesi dialog selepas
menyampaikan ucaptama sempena Seminar Pemantapan Profesionalisme, Transformasi,
Budaya Kerja dan Pemikiran Pegawai Tadbir di Dewan Konvensyen Taman Tamadun
Islam, di sini hari ini.–UtusanOnline
KD: Takkan Melayu hilang di dunia @ Melayu mudah lupa.. mana satu pilihan anda?
Subscribe to:
Posts (Atom)