PETALING
JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit
Siang mungkin akan dinamakan sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan
Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kata Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Bercakap
dalam satu temuramah dengan akhbar Sin Chew Daily, Anwar menambah, perlembagaan
negara tidak menghalang perlantikan dua orang timbalan perdana menteri.
Namun
begitu, Anwar menjelaskan bahawa PR buat masa ini belum secara terperinci
membincangkan tentang penyandang kerusi itu melainkan memberi tumpuan kepada
pilihan raya terlebih dahulu.
Dalam
temuramah itu, Anwar juga memberi jaminan yang PAS tidak akan bekerjasama
dengan Umno hanya semata-mata untuk melaksanakan hukum hudud.
Ketua
pembangkang itu turut memberi jaminan yang PR tidak akan melaksanakan hukum
hudud jika mereka ditakdirkan berkuasa kerana sebarang perubahan polisi
mestilah dibuat mengikut peruntukkan di bawah perlembagaan negara dan
dipersetujui oleh semua rakan pakatan.
Anwar
menyatakan keyakinan yang mendalam PR akan berjaya menumpaskan Barisan Nasional
(BN) dalam pilihan raya kali ini dengan majoriti yang kecil.
Beliau
menyatakan keyakinannya itu berdasarkan perkembangan pengaruh PR di
negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. -mStar
No comments:
Post a Comment