PETALING
JAYA – Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku
Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengkritik
manifesto Pakatan Rakyat (PR) sebagai tidak munasabah dan tidak mampu
menunaikan kesemua janji-janji yang dibentangkan itu.
Ini
berikutan manifesto itu dakwanya, menekankan janji-janji yang mustahil untuk
dikotakan.
Beliau
turut mempertikaikan kredibiliti pihak yang menghasilkan manifesto itu kerana
mereka tidak berpengalaman dalam sistem pentadbiran negara.
“Manifesto
ini telah dihasilkan pihak yang tidak pernah uruskan apa-apa dan sekalipun m
ada pengalaman, mereka seharusnya sedar banyak janji-janji mereka sebelum ini,
insentif yang dijanjikan, banyak yang terbengkalai dan tidak dilaksanakan.
“Mereka
bercakap tentang meningkatkan pendapatan,
mereka hanya ikut apa kerajaan kata. Jika kerajaan kata (meningkatkan
pendapatan) kepada RM3,000 mereka janji RM4,000,” katanya yang menyifatkan
pembangkang bermain permainan bodoh.
Tunku Aziz
berkata, berbeza dengan janji yang dikemukakan kerajaan persekutuan di mana ia
dibentuk pasukan benar-benar pakar dalam ekonomi negara.
“Angka
kerajaan disediakan pasukan pakar perbendaharaan, unit ekonomi dan Bank
Negara,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Tropicana Golf &
Country Resort, semalam.
Dengan
merujuk Prestasi PR didakwanya tidak memberangsangkan di Selangor, Pulau
Pinang, Kedah dan Kelantan, Tunku Aziz berkata, tawaran itu tidak lebih sekadar
janji manis. –SinarHarian
No comments:
Post a Comment