SHAH ALAM
28 Feb. - Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin
Mohamed berkata, mengikut kajian yang dilakukan, hampir keseluruhan manifesto
pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) hanyalah janji kosong
yang dijadikan umpan untuk memancing undi.
Beliau
berkata, pakatan pembangkang secara terang-terangan telah menipu rakyat demi
meraih sokongan untuk memerintah di Selangor.
"Banyak
janji-janji PRU-12 tidak ditunaikan oleh pakatan pembangkang dan ia membuktikan
mereka tidak mampu untuk menjadi pentadbir yang baik.
"Manifesto
yang dilancarkan oleh pakatan pembangkang baru-baru ini juga nampaknya memakan
diri mereka sendiri, mereka hanya memainkan cerita lapuk yang sama dengan sesi
ceramah mereka," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut
Mohd. Zin, yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya Selangor, pakatan
pembangkang tidak boleh menjadikan negeri ini sebagai contoh kejayaan mereka
untuk mentadbir negara kerana sudah terbukti pentadbiran mereka di Selangor
gagal.
Ujar
beliau, trend pelaburan kerajaan negeri mengikut Laporan Ketua Audit Negara
2011 secara keseluruhannya menunjukkan dividen yang diterima dari 2007 hingga
2011 adalah berjumlah RM5.91 juta daripada kos pelaburan.
"Kadar
pulangan dividen berkenaan adalah sangat rendah dan sangat tidak memuaskan,
namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid menggunakan Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai helah mahu menutup kelemahan pengurusan
pelaburan di peringkat kerajaan negeri," katanya.
Selain itu
kata beliau, terdapat perkara yang dimuatkan dalam manifesto tersebut yang
sebenarnya tidak mampu dilaksanakan, sebagai contoh janji untuk melaksanakan
pendidikan percuma.
Jelas
beliau lagi, BN juga pernah mendesak agar janji itu ditunaikan terlebih dahulu
di institut pengajian tinggi yang terdapat di negeri tadbiran pakatan
pembangkang.
"Namun
sebaliknya yang berlaku, di Selangor sendiri masalah IPT seperti Universiti
Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) masih
belum diselesaikan.
"Malahan
Laporan Ketua Audit Negara 2011 turut mengkritik tatacara pengurusan Unisel
yang dilihat tidak profesional dan membawa kepada kerugian," katanya.
Sementara
itu katanya, pakatan pembangkang juga berjanji dalam manifesto baharu mereka
untuk memelihara 141,000 hektar tanah Orang Asli, namun sebaliknya berlaku di
Selangor apabila kira-kira tujuh hektar tanah golongan berkenaan di Kuala
Langat dipindah milik kepada orang lain.
Menurut
Mohd. Zin, satu lagi janji dalam manifesto pakatan pembangkang ialah kononnya
ingin menghapuskan monopoli dengan mewujudkan suruhanjaya antimonopoli.
No comments:
Post a Comment