RASAH 27
Feb. - Janji indah pakatan pembangkang menerusi manifesto Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU-13) yang dibentangkan kelmarin disifatkan tidak ubah seperti kisah
fantasi kanak-kanak popular, Alice in Wonderland.
Ketua
Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, manifesto itu
mengandungi janji yang tidak akan tertunai dengan rakyat cuba diperdaya sama
seperti cerita fantasi tersebut.
Beliau yang
juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) berkata,
manifesto itu merupakan pembohongan tahap tertinggi untuk kelangsungan politik
pembangkang semata-mata dan bukan dirangka demi kebajikan rakyat.
"Ini
adalah manifesto yang paling teruk pernah direka pembangkang kerana hanya
bertujuan memperdaya rakyat dengan harapan palsu.
"Apabila
saya baca dan amati manifesto mereka, saya geleng kepala kerana melihat gimik
politik yang paling melampau dilakukan pembangkang," katanya kepada
pemberita selepas menyampaikan sumbangan YKN kepada keluarga Wong Kok Leong di
Taman Bunga Blossom, dekat sini hari ini.
Menurutnya,
berdasarkan maklum balas daripada ahli-ahli Wanita UMNO yang melawat dari rumah
ke rumah, rakyat dilihat tidak mudah tertipu dengan manifesto tersebut.
Kata
beliau, manifesto itu juga memandang remeh kebajikan rakyat kerana langsung
tidak menyatakan pendekatan membantu rakyat miskin dan golongan tidak bernasib
baik.
"Pembangkang
juga menganggap soal kebajikan rakyat tidak mustahak walaupun sebelum ini
mendakwa hanya mereka sahajalah yang memperjuangkan nasib rakyat,"
katanya.- Utusan Online
No comments:
Post a Comment