KUALA
LUMPUR 28 Feb. - Rakyat sewajarnya terus memberi kepercayaan kepada Barisan
Nasional (BN) untuk membawa Malaysia ke arah status negara maju menjelang 2020.
Bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, peluang untuk menjayakan
Wawasan 2020 adalah lebih besar sekiranya kerajaan yang memerintah negara hari
ini dikekalkan.
“Pada
pandangan saya, adalah lebih selamat jika parti yang sama meneruskan usaha
menjayakan Wawasan 2020. Saya bukan berkempen, hanya menyatakan fakta,"
katanya ketika menjawab soalan seorang peserta dalam program Memperingati
Wawasan 2020: Sepetang Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini hari ini.
Beliau
ditanya tentang kemungkinan Wawasan 2020 akan diteruskan sekiranya pakatan pembangkang
mengambil alih pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
Terdahulu
dalam ucapannya, Dr. Mahathir memberitahu, kemajuan pesat dikecapi kini
membuktikan Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai Wawasan
2020.
Jelas
beliau, keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia juga mencatatkan
pertumbuhan memberangsangkan sejak Wawasan 2020 diperkenalkan 13 tahun lalu. –
Utusan Online
No comments:
Post a Comment