MANILA -
Pengikut kumpulan pengganas Jamalul Kiram III tidak akan berundur dan mereka
diarah melancar perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.
Portal
berita Filipina melaporkan Kiram berkata, pengunduran anggota kumpulan itu yang
diketuai adiknya, Azzumudie dari Sabah bukan satu pilihan.
''Mereka
sudah berada di tempat kelahiran mereka, kenapa nak pulang,'' katanya di
rumahnya di Taguig City, semalam.
Sementara
itu, jurucakap Kiram, Abraham Idjirani berkata, pencerobohan di Sabah akan
diteruskan.
''Arahan
gencatan senjata dikeluarkan sebelum ini telah ditarik balik dan pengikut Kiram
diarah melancarkan operasi serang dan lari terhadap rakyat Malaysia,'' katanya.
Kiram
berkata, pengikutnya berjaya melarikan diri daripada serbuan polis serta
tentera Malaysia dan kini bersembunyi dalam kawasan hutan di Sabah.
''Saya
yakin kami akan mencapai objektif kami,'' katanya. – AGENSI/Utusan Online
No comments:
Post a Comment