MANILA -
Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menuduh Malaysia
campur tangan dalam hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina dan mendakwa Kuala
Lumpur menjajah Sabah dan Sarawak.
Menurutnya,
Malaysia menjadi penghalang kepada usaha menyatukan kumpulan Moro yang
bertelagah menuntut kemerdekaan di selatan Filipina iaitu kumpulan MNLF dan
Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) iaitu pihak yang terlibat dengan
perjanjian damai yang diusahakan oleh Malaysia.
"MILF
adalah alat penjajahan Malaysia dan diatur oleh negara itu. Kuala Lumpur ialah
dalang di sebalik MILF.
"Maaf
kerana terpaksa menyatakan kebenaran dalam masalah ini. Jika Malaysia tidak
dibabitkan, saya fikir kami dengan segera dapat menyelesaikan masalah itu dengan
kerajaan Filipina," katanya kepada Al Jazeera dalam satu temu bual
eksklusif yang disiarkan di sini, semalam.
Misuari
berkata, perjanjian damai antara MILF dan kerajaan Filipina yang dijangka
dimuktamadkan pada bulan depan adalah helah Malaysia untuk memperkuatkan
pengaruhnya di Sabah.
Ketua MNLF
itu turut mencabar Malaysia untuk keluar dari Sabah dan membuktikan tuntutan
wilayahnya menerusi proses undang-undang.
Misuari
turut menegaskan tentangannya kepada rundingan damai MILF dan menyatakan MNLF
telah pun menandatangani perjanjian dengan kerajaan Filipina di bawah
pentadbiran berbeza di Manila pada 1976, 1987 dan 1996.
"Itu
adalah perjanjian damai yang perlu dilaksana terlebih dahulu dan sesiapa yang
datang dengan perjanjian baharu adalah perosak," ujarnya. - AGENSI /Utusan
Online
No comments:
Post a Comment