Oleh AZMAN IBRAHIM
Hasrat
pengendali blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk
bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menentang Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh, melambangkan keberanian
dan semangat tinggi.
Walaupun
pertama kali bertanding dan tidak mempunyai track record dalam mana-mana PRU
sebelum ini, Papagomo seolah-olah amat yakin dan mempunyai 'modal' tersendiri
untuk membeli dan mematahkan hujah-hujah pihak lawannya.
Setelah
melihat semangatnya yang mengambil borang pencalonan calon PRU-13 di pejabat
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan baru-baru ini, ternyata
kesungguhannya untuk bertanding tidak dapat dinafikan lagi.
Niat
sebenar lelaki berusia 30 tahun itu untuk bertanding adalah bagi meneruskan
kesinambungan kesejahteraan, kestabilan dan keamanan bangsa Malaysia.
Bagaikan
tikus melawan gajah, Papagomo yang belum tentu mempunyai ramai penyokong itu
akan bersaing dengan seorang pemimpin utama pembangkang yang diketahui
mempunyai penyokong fanatik tersendiri.
Bagaimanapun,
satu persoalan timbul, bagaimana sekiranya Papagomo berjaya memenangi Parlimen
Permatang Pauh dan mengalahkan Anwar.
Presiden
Warisan Anak Merdeka, Abdul Ghani Harun berkata, jika Papagomo berjaya mendapat
undian dan mengurangkan undi majoriti Anwar sekali pun, itu sudah memadai dan
membuktikan pengaruh Anwar semakin merudum.
"Jika
Papagomo langsung tidak mendapat undi dan hilang wang pertaruhan, hal itu tidak
memberi apa-apa kesan kerana semua sedia maklum terhadap kekuatan dan pengaruh
Anwar di kawasan Parlimen itu.
"Sebaliknya
Anwar akan malu besar sekiranya undi majoritinya merosot atau tewas di tangan
Papagomo," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.
Pada 8
April lalu, Papagomo mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas menentang
Anwar sama ada di kawasan Parlimen Permatang Pauh atau di mana-mana kawasan
yang ditandingi Ketua Pembangkang itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurut
Papagomo, keputusan itu bagi menunjukkan beliau benar-benar serius meminta
Anwar berundur secara terhormat dari arena politik negara seperti diminta bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad lebih sedekad lalu.
Beliau
sebelum ini sudah memberi amaran supaya Anwar berundur bagi mengelak video aksi
homoseksual yang dikaitkan dengan Anwar oleh beliau dipaparkan kepada umum,
namun Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berdegil.
Papagomo
dikatakan mempunyai lebih daripada satu video membabitkan Ketua Pembangkang itu
untuk didedahkan kepada umum sepanjang tempoh berkempen nanti.
Sementara
itu, Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman berpendapat, peluang Papagomo
untuk menang adalah tipis kerana beberapa faktor.
Katanya,
salah satu faktor adalah populariti Anwar di Permatang Pauh sendiri yang
berjaya menandingi Papagomo.
"Bagaimanapun,
jika Anwar kalah dia harus meletakkan jawatan dan bersara daripada politik
kerana kekalahan itu menunjukkan bukan sahaja rakyat Malaysia menolak Anwar,
tetapi orang kampungnya sendiri telah menolaknya.
"Pada
waktu itu (jika kalah), Anwar tidak lagi relevan dalam politik Malaysia,"
ujarnya.
Pokok
pangkalnya, Anwar tidak boleh memandang rendah kepada kebolehan Papagomo pada
PRU-13. Jangan perlekeh kebolehan Papagomo.
Ibarat kata
pepatah Melayu, kecil-kecil cili api, walaupun kecil namun berapi.
Dalam satu
aspek yang lain, Anwar juga tidak perlu berasa bangga sebaliknya perlu berasa
malu kerana terpaksa bertanding dengan calon-calon biasa atau calon tiada
pengalaman berbanding dengan calon-calon yang setaraf dengan tahap kerjaya
politiknya selama ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment