Beliau
berkata, lebih baik beliau menumpukan perhatian kepada kempen dan menarik sokongan
pengundi wanita kepada partinya.
"Saya
mengambil keputusan untuk tidak bertanding. Saya mahu fokus kepada
kempen," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Beliau
menafikan telah diketepikan kerana tidak bertanding dan berkata beliau masih
presiden parti.
Mengenai
kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa beliau pernah
menulis surat kepada Dr Mahathir sebanyak 18 muka surat 15 tahun lalu mengenai
salah laku suami beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi
timbalan perdana menteri, Wan Azizah berkata: "Saya tidak pernah menulis
surat itu."
Minggu lalu
Dr. Mahathir memberitahu media mengenai surat itu, tetapi tidak mendedahkan
kandungannya. — BERNAMA/Utusan Online
No comments:
Post a Comment