Oleh BORHAN ABU SAMAH
Kata
dulang, paku serpih, kata orang, sendiri yang lebih. Begitulah slogan 'Ubah'
yang digunakan oleh DAP bagi menghadapi pilihan raya kali ini.
Parti
pembangkang itu menyeru rakyat melakukan perubahan dengan memilih pakatan yang
tidak pernah berdaftar atau pakatan haram iaitu Pakatan Rakyat untuk menjejak
kaki ke Putrajaya.
Pakatan
yang belum dapat menyelesaikan isu-isu pokok termasuk pelaksanaan hukum hudud
itu menjanjikan bulan dan bintang jika diberi mandat oleh rakyat.
Bagaimanapun
ibarat 'Meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri', kini rakyat
mempertikaikan keikhlasan pembangkang untuk berubah kerana muka-muka lama
pemimpin mereka yang telah menyertai pilihan raya sejak perdana menteri yang
pertama masih lagi bertanding pada pilihan raya kali ini.
Lihat
sahaja Lim Kit Siang yang berpindah ke Gelang Patah, manakala Karpal Singh dan
Nik Aziz Nik Mat kelihatan belum mahu melepaskan jawatan yang dipegang walaupun
mereka semakin uzur dimamah usia.
Pelbagai
helah digunakan bukan sahaja untuk mengekalkan jawatan mereka sebagai wakil
rakyat, bahkan untuk mengekalkan jawatan di dalam DAP sendiri mereka terpaksa
membuat aksi silap mata semasa pemilihan jawatankuasa pusat parti pembangkang
itu.
Lihat pula
pemimpin Barisan Nasional (BN), Tun Dr. Mahathir Mohamad walaupun masih sihat
dan berfikiran tajam, beliau meletak semua jawatan dalam parti dan kerajaan.
Begitu juga
Tun Dr. Ling Liong Sik kini tidak lagi aktif di dalam MCA, sama juga dengan
Datuk Seri S. Samy Vellu juga telah melepaskan jawatan di dalam MIC.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja telah berjaya dengan program
transformasinya, tetapi beliau turut mewakili era baru dalam politik negara.
Tindakan
berani beliau meletakkan begitu banyak muka baru bagi calon BN cukup mengejutkan
dan kini rakyat memahami serta yakin bahawa Najib benar-benar serius melakukan
perubahan.
Mandat yang
lebih besar kepada BN pada pilihan raya kali ini pasti menjanjikan masa hadapan
yang lebih cemerlang untuk Malaysia. -UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment