KOTA
KINABALU - Pengerusi DAP, Karpal Singh mendapat sokongan padu dalam usahanya
menentang hasrat Pas melaksanakan hukum hudud di negara ini selepas Penasihat
DAP, Lim Kit Siang turut mengulangi pendirian sama.
Malah, Kit
Siang turut menempelak hasrat Pas yang masih berkhayal mahu melaksanakan hukum
itu dengan menyifatkan sesuatu undang-undang di negara ini hanya boleh
dilaksanakan jika merupakan amalan kebiasaan dalam kalangan rakyat dan diterima
semua pihak.
"Kami
sangat jelas berhubung perkara ini seperti mana yang telah dibincangkan sebelum
ini yang mana amalan ini akan hanya dilaksanakan jika merupakan amalan biasa
dalam komuniti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Kenyataan
Kit Siang itu sekali gus menyokong pendirian Karpal semalam yang menolak
pelaksanaan hukum hudud Pas di negara ini kerana menyifatkan tidak ada
keperluan ke arah pelaksanaannya.
Pendirian
Kit Siang dan Karpal itu bercanggah dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang turut
bertegas melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya.
Menurut Kit
Siang, pertelagahan mengenai isu itu tidak seharusnya timbul semula kerana
sudah difahami sepenuhnya semua pemimpin pembangkang sebelum ini. –UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment