PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak akan sesekali mengorbankan prinsip Islam semata-mata untuk meraih keuntungan politik seperti dilakukan pembangkang.
Mengambil
contoh sokongan penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam dan pertikaian
status syahid wira negara yang terkoban di Sabah oleh pembangkang, Perdana
Menteri berkata, keadaan itu berlaku kerana pihak lagi satu lebih mengutamakan
politik daripada kebenaran.
''Dalam isu
kalimah Allah, kita pertahankan agama, kita tidak berdolak-dalik dalam hal ini.
Kita tak main politik walaupun ada orang kata rugi kalau tidak ketepikan
prinsip tersebut bagi meraih undi.
''Bagi saya
kebenaran itu tetap kebenaran. Kita tidak boleh lari daripada mencari kebenaran
kerana akhirnya Allah akan memihak kepada mereka yang meneruskan perjuangan
berdasarkan kebenaran," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap merasmikan Wacana Pembangunan Ummah peringkat
negeri yang turut dihadiri tetamu khas, Imam Masjid An-Nabawi Madinah, Shaikh
Solah Mohammed al-Budair di sini hari ini.
Yang hadir
sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam pada
itu kata Najib, keputusan beliau mengangkat manifesto sebagai aku janji dibuat
berlandaskan tuntutan Islam seperti mana yang disebut Allah dalam surah
al-Israa ayat ke-34.
Menurut
Perdana Menteri, dalam ayat tersebut janji dituntut untuk disempurnakan sama
ada dengan Allah atau manusia. –UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment