PAGOH - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, DAP dan Pas tidak bersetuju untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana pembangkang sudah hilang kepercayaan terhadap beliau.
Menurut
Timbalan Perdana Menteri, hal ini kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)
itu dilingkari dengan pelbagai masalah peribadi, selain menjadi beban kepada
pembangkang.
"Saya
dengar baru-baru ini pun Pas tidak mahu Anwar, dia mahu (Datuk Seri Abdul) Hadi
Awang jadi Perdana Menteri. (Pengerusi DAP), Karpal Singh dan DAP akhir-akhir
ini tak mahu juga kerana Ketua Pembangkang ini sudah jadi liabiliti, tidak
popular macam dulu.
"Dia
(Anwar) punya cerita macam-macam orang sudah tidak percaya. Saya fikir kita
sudah tahu apa ceritanya, tidak payah disebutkan di sini," katanya ketika
berucap sebelum merasmikan bangunan baharu tiga tingkat Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Ming, Temiang yang dibina dengan kos RM1.5 juta di
sini hari ini.
Yang turut
hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; calon Barisan Nasional di
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed dan calon
DUN Jorak, Datuk Dr. Sharuddin Md. Salleh.
Isu
penolakan terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri timbul apabila didedahkan
bahawa terdapat satu perjanjian sulit antara Pas dengan DAP untuk mengangkat
Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya
Umum Ke-13 ini.
Bagaimanapun,
perjanjian antara DAP dengan Pas itu tidak diketahui Anwar dan keputusan
tersebut dibuat kerana kedua-dua parti pembangkang berkenaan tidak setuju
dengan tindakan Ketua Pembangkang itu menggunakan pelanduk dua serupa sebagai
modal kempen bagi meyakinkan orang ramai bahawa beliau tidak terlibat dalam
video seks yang dikatakan miripnya.
Muhyiddin
berkata, perkembangan itu menunjukkan pembangkang masih tidak mempunyai kata
sepakat siapa yang harus menjadi Perdana Menteri dan jika berjaya merampas
kuasa pada pilihan raya umum ini, isu tersebut bakal menjadi satu masalah besar
kepada mereka.
Beliau yang
juga penyandang kerusi Parlimen Pagoh meminta rakyat menilai pendirian
pembangkang yang tidak bersatu hati apabila dicabar sama ada akan mengubah
dasar dan polisi BN yang baik jika berjaya mengambil alih pentadbiran negara selepas
PRU-13.
"Ada
(pembangkang) yang kata akan teruskan dan ada yang kata mahu hentikan. Jadi,
bermakna mereka tidak bersatu hati. Kalau tidak bersatu hati akan jadi masalah
besar kepada negara. Macam di Selangor sudah ditukar polisinya.
"Mereka
yang berniaga memberitahu, sekarang susah mahu berniaga di Selangor. bukan
sahaja susah, tapi tambah lagi beberapa peraturan baharu sehingga orang
berniaga susah nak niaga. Kerajaan BN bukan baharu, tiap-tiap tahun kita tambah
baik," katanya.
Sementara
itu, beliau berkata, DAP perlu mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja
Pusat (CEC) parti tersebut kerana pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah
menetapkan demikian dan mereka harus mematuhi undang-undang.
"Sekiranya
DAP benar-benar sebuah parti yang 'betul' seperti dilaung-laungkan, mereka
harus melakukannya kerana UMNO juga pernah diharamkan pada 1988 oleh ROS dan
parti berkenaan akur," katanya. -UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment