KUALA
LUMPUR: Kenyataan mengaitkan Rasulullah SAW dengan video seks adalah bukti
nyata bahawa amalan politik chauvinis dan ekstremis melatari perjuangan politik
pembangkang selama ini.
Senario itu
jelas menggambarkan bahawa mereka sanggup melakukan apa saja termasuk menghina
kesucian agama Islam asalkan mesej dan ucapan mereka dapat disampaikan kepada
umum.
Sanggup
lakukan apa saja
Ahli
Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin ketika dihubungi BH berkata,
pembangkang sejak dulu lagi sanggup melakukan apa saja demi memastikan kehendak
mereka tercapai, tanpa mengira implikasi yang terpaksa ditanggung kemudian
hari.
Beliau
berkata, ketamakan dan kerakusan mereka terhadap pangkat serta kuasa menjadikan
kumpulan itu seolah-olah pekak dan tuli apabila sanggup melanggar apa saja
batas yang ada.
“Lukisan
kartun Rasulullah pun menimbulkan kemarahan semua umat Islam, inikan pula
mengaitkan Baginda Rasulullah SAW dengan video seks. Apa lagi yang harus kita
namakan tindakan seperti ini selain biadab dan sangat kurang ajar,” katanya.
Dalam
perkembangan berkaitan, bekas Ahli Jawatankuasa Dewan PAS Pusat, Prof Md Noor
Deris berkata pembangkang nyaris terdesak hingga sanggup menggunakan taktik
tidak masuk akal seperti itu untuk kejayaan politik mereka.
“Sama ada
pemuda, muslimin mahupun pemimpin syura pembangkang sebenarnya dilanda
kebimbangan dan berasa tersepit kerana pengaruh kerajaan melonjak sejak
akhir-akhir ini,” katanya. - BHarian
No comments:
Post a Comment