GEORGETOWN:
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Teng Chang Yeow menyifatkan tindakan Ketua
Menteri, Lim Guan Eng menarik diri bertanding satu lawan satu dengannya pada
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini sebagai 'jenaka terbesar'.
Katanya,
sikap berdolak-dalik terhadap syarat dikemukakan BN termasuk tindakan
Setiausaha Agung DAP itu menarik diri membuktikan bahawa cabaran Guan Eng
hanyalah retorik semata-mata.
“Saya sentiasa bersedia bertarung dengan Guan
Eng dan meletakkan syarat bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang
komposisi kaum bercampur bagi membuktikan dasar parti mana mewakili semua
pihak.
“Bagaimanapun
Guan Eng enggan, malah beliau mendakwa kononnya tertipu dengan helah politik
saya dan perkara ini dianggap sebagai satu peristiwa paling lucu menjelang
PRU-13,” katanya.
Turut hadir
Setiausaha BN negeri, Datuk Omar Faudzar dan Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong
Keong. Bulan lalu, Chang Yeow, menyatakan kesediaan bertanding satu lawan satu
dengan Guan Eng pada PRU-13.
Beliau
bagaimanapun menetapkan syarat bertanding di kerusi DUN yang mempunyai
komposisi kaum seimbang sebagai tanda memberi komitmen kepada rakyat berbilang
bangsa.
Ia susulan
cabaran dikemukakan Ketua Menteri untuk bertanding di kerusi DUN Padang Kota,
iaitu kawasan yang pernah dimenangi Chang Yeow tiga penggal berturut-turut
sebelum kalah kepada Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow pada pilihan raya umum
2008.
Sementara
itu, pada sidang media di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tun Abdul Razak
(KOMTAR), Guan Eng mendakwa Chang Yeow memerangkapnya dengan helah politik dan
tidak jujur.
Katanya,
helah politik oleh Chang Yeow membuktikan hakikat bahawa Setiausaha Agung
GERAKAN itu sebenarnya melihat dirinya sebagai wakil UMNO dan bukan wakil
rakyat. -BHarian
No comments:
Post a Comment