KUALA
LUMPUR: Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pentas sesuai untuk masyarakat Cina
membulatkan tekad menolak politik putar belit dan harapan palsu yang disebarkan
DAP selama ini.
Presiden
MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata tiba masanya masyarakat Cina
mengetepikan pembangkang yang lebih gemar menipu dan membuat dakwaan tidak
berasas semata-mata meraih sokongan.
“Masyarakat
Cina tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan harapan palsu yang dibuat DAP,
walaupun hakikatnya DAP sudah banyak berubah terutama apabila mewujudkan
pakatan bersama PAS dan PKR.
“Lebih-lebih
lagi apabila mulai 2004, DAP menganggap PAS bagaikan ‘taiko’ dan realitinya
jika komuniti Cina tidak boleh terima hakikat ini, sewajarnya mereka tidak
terus memberi kekuatan kepada DAP kerana satu undi kepada DAP sama seperti
memberi kekuatan kepada PAS,” katanya.
Harapan palsu DAP
Soi Lek
berkata, harapan palsu yang diuar-uarkan DAP kepada masyarakat Cina tidak akan
meletakkan mereka di kedudukan tinggi seperti memegang jawatan Perdana Menteri,
Timbalan Perdana Menteri, sekali pun Menteri Besar.
“DAP hanya
boleh jadi maharaja di Pulau Pinang, bukan di negeri lain dan MCA akan
mengulangi pembohongan DAP kepada masyarakat Cina supaya mereka insaf dan sedar
peranan masing-masing pada PRU nanti dan tidak membuat pilihan yang salah,”
katanya.
Katanya,
sejak Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, pelaburan langsung asing
(FDI) di negeri berkenaan menurun sehingga 73 peratus, manakala peluang pekerjaan
berkurangan separuh daripada 20,000 tahun lalu.
Beliau
berkata, contoh jelas apabila Kedah dan Kelantan terus diterajui PAS, bukan DAP
dan hal sama dijangka berlaku di Johor, walaupun ia sebenarnya akan memberi
risiko kepada negeri berkenaan terutama dari segi pelaburan dan peluang
pekerjaan di Iskandar Malaysia dan Pengerang. -BHarian
No comments:
Post a Comment