Sokong BN
Abdullah Al-Najmi (kiri) bersama
Ketua Penerangan
Minda Pondok, Harun Yahya
menunjukkan buku rang undang-undang hudud
yang
diluluskan kerajaan Kelantan
|
KUALA
LUMPUR: Sekumpulan guru sekolah pondok semalam meminta umat Islam menolak
pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana merosakkan akidah dan
agama.
Sebaliknya,
mereka mengajak umat Islam terus memberi sokongan kepada UMNO dan Barisan
Nasional (BN) kerana terbukti memelihara aspek berkenaan berbanding pembangkang
yang mempraktikkan konsep kesamarataan yang bakal menyebabkan Islam dan orang
Melayu diletakkan pada kedudukan paling rendah.
Persatuan Minda Pondok
Penasihat
Persatuan Minda Pondok berpangkalan di Kelantan, Tok Guru Abdullah al-Najmi
Saamah berkata, UMNO dan BN meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan
menghormati prinsip kebebasan agama, sekali gus meletakkan Melayu pada tingkat
teratas berikutan sifat Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan.
Katanya,
konsep itu diterima MCA, MIC dan parti komponen BN lain, membuktikan mereka
menerima konsep Raja Melayu dan Islam sebagai agama rasmi berbanding pembangkang
yang melaungkan konsep pluralisme atau kesamarataan yang meletakkan Islam dan
Melayu pada landasan sama dengan agama dan kaum lain.
“Tahalul
(kerjasama) UMNO dengan orang bukan Islam menepati kitab tafsir seperti Imam
Bardawi, al-Syarkawi dan al- Qutubi. Kerjasama politik UMNO dengan parti lain
menepati nisbah Imam Syafie, maka kerjasama itu hukumnya diharuskan atau
dibolehkan.
Tahalul BN sah
“Tahalul BN
sah dari segi syariat sedangkan tahalul pembangkang tidak dibolehkan kerana
semuanya sama rata. Kalau DAP paling banyak kerusi, DAP yang menjadi pemimpin
atau ketua negara,” katanya pada sidang media, di sini.
Turut
hadir, Ketua Penerangan persatuan itu, Haron Yahya dan ahli jawatankuasa,
Mohd Zainal Abidin Awang, 59. Ahli
persatuan itu adalah mudir dan guru sekolah pondok di Kelantan, Perak, Kedah
dan beberapa negeri lain.
Abdullah
yang lebih dikenali dalam kalangan masyarakat Kelantan dengan panggilan ‘Tok
Guru Haji Lah’ adalah Mudir Madrasah al-Najmiah, Kampung Tebing, Pengkalan
Kubor, Kelantan. – BERNAMA/BHarian
No comments:
Post a Comment