Bimbang huru-hara
IPOH:
Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU-13) ditolak rakyat negeri ini kerana bimbang tindakan ketua pembangkang
menyebabkan huru-hara.
Pekerja
restoran di sini, Tan Kwan Mei, 21, berkata kehadiran Anwar bukan satu
keperluan utama berikutan Perak sudah mengecapi pembangunan dan keamanan di
bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Katanya,
beliau sendiri begitu selesa dengan pemerintahan BN dan berharap keadaan itu
dikekalkan.
Gagal tunai janji
“Keadaan
politik tidak stabil di Selangor selain pelbagai janji PKR kepada rakyat
Selangor yang gagal ditunaikan membuktikan kelemahan kerajaan PKR dalam
mentadbir urus negeri itu.
“Apa akan
jadi sekiranya Perak jatuh ke tangan PKR? Saya bimbang masalah sama di Selangor
akan berulang di negeri ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau
mengulas hasrat Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu
bertanding di Perak dalam usaha meningkatkan momentum sokongan terhadap pakatan
pembangkang di Perak, sekali gus merampas semula negeri terbabit.
Anwar
sebelum ini diuar-uarkan mungkin bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Timur yang
mempunyai majoriti pengundi Cina berikutan penyandangnya, Lim Kit Siang,
mengubah angin bertanding di Parlimen Gelang Patah di Johor.
Seorang
lagi penduduk, Ahmad Fadzil Mohammad, 20, pula berkata beliau menolak hasrat
Anwar untuk bertanding di Perak kerana banyak janji dan manifesto pakatan
pembangkang pada pilihan raya lalu masih gagal ditunaikan.
Timbul ketegangan
“Kami
menolak kehadiran Anwar untuk bertanding di mana-mana kerusi di negeri ini
kerana bimbang tindakan itu hanya akan menimbulkan ketegangan dan keadaan kucar
kacir.
“Pemimpin
pembangkang itu juga banyak menimbulkan propaganda selain mengelirukan rakyat
dengan kenyataan dikeluarkan,” katanya.
Bagi L
Subramaniam, 46, pula beliau langsung tidak yakin terhadap kemampuan Anwar
kerana pemimpin pembangkang itu dibelenggu pelbagai isu moral dan perkara
negatif yang melingkarinya.
“Kredibiliti
Anwar masih dipersoalkan masyarakat berikutan banyak isu berhubung pemimpin itu
masih belum terungkai.
“Bagi diri
saya, saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada calon BN dan saya yakin calon
BN bakal memenangi pilihan raya ini walaupun wujud banyak saingan dari parti
pembangkang,” katanya. -BHarian
No comments:
Post a Comment