Ahli akademik yakin BN menang PRU13
BANGI: Ahli
akademik yakin tsunami politik 2008 yang menyebabkan Barisan Nasional (BN)
kehilangan dua pertiga kerusi di Parlimen dan lima negeri tidak akan berulang.
Sebaliknya,
BN akan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 berikutan kejayaan pelbagai
dasar, program dan transformasi yang dilaksanakan kerajaan.
Timbalan
Dekan (Siswazah) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali, berkata ini termasuk 23
produk bantuan rakyat untuk meningkatkan sosioekonomi.
Katanya,
produk itu termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucer Buku 1Malaysia
(BB1M) dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang menepati kehendak golongan
berpendapatan rendah, generasi muda dan pelajar.
“Gagasan
1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan pelbagai transformasi
kerajaan ternyata memberi kelebihan kepada BN, manakala pembangkang semakin
jauh di hati rakyat.
Majoriti ramal BN menang
“Berdasarkan
kajian empat tahun, kami mendapati sebanyak 63.2 peratus responden meramalkan
BN memenangi pilihan raya, manakala 58.1 peratus pengundi muda memilih Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatasi Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim,” katanya pada Seminar PRU-13: Memperkasa Demokrasi di Bangunan
Canselori UKM, di sini, semalam.
Mohd Fuad
berkata, tindakan berani menerusi transformasi politik juga menyumbang kepada
peningkatan pengaruh BN dalam kalangan pengundi muda yang selama ini
menganggapnya menyekat amalan demokrasi.
“Ini
termasuk pemansuhan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA), penambahbaikan Akta
Universiti dan Kolej Universiti serta Akta Perhimpunan Aman,” katanya.
Dalam pada
itu, Timbalan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti
Malaya (UMCEDEL), Amer Saifude Ghazali, berkata berdasarkan kajian terbarunya,
sebanyak 42 peratus daripada 2.5 juta pengundi kali pertama mengundi cenderung
memilih BN, 37 peratus pembangkang dan 21 peratus atas pagar.
“Pengundi
atas pagar mempunyai pengaruh besar untuk menentukan tampuk pemerintahan
negara,” katanya. -BHarian
No comments:
Post a Comment