Beliau yang
juga Menteri Besar berkata, disebabkan UMNO menerima dasar kebangsaan dan
menolak agama Allah, menyebabkan sembahyang mereka tidak akan mendapat pahala.
“Demo
(UMNO) tolak Islam, tolak agama Allah, bila demo sembahyang, tidak boleh
pahala. Hendak dapat pahala macam mana sebab tolak Islam.
“Bukan
senang adik kakak, mesti ikhlas kerana pahala bukan senang hendak dapat. Begitu
juga orang PAS sembahyang, tapi kedekut, juga tidak akan dapat pahala,” katanya
ketika berceramah pada Ceramah Perdana di Kampung Jambu, di sini, malam
kelmarin.
Kenyataan dibidas
Beliau
turut menggelar Nik Aziz sebagai ulama As-Su’ (jahat) kerana sanggup membuat
fitnah dan mengeluarkan fatwa sendiri bahawa sembahyang orang UMNO tidak akan
mendapat pahala.
“Nik Aziz
seorang ulama As-Su’ kerana mengeluarkan fitnah besar terhadap umat Islam
khasnya UMNO sebab dasar perjuangan UMNO adalah untuk mengukuhkan,
mempertahankan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara.
“UMNO tidak
pernah menolak Islam serta hukum hudud, sebaliknya PAS yang sanggup
menggugurkan hukum hudud terhadap negara Islam dalam Buku Jingga, jadi siapa di
sini yang memperlekehkan Islam,” katanya ketika dihubungi semalam.
“Sedangkan
tiada bukti kukuh mengatakan UMNO menolak Islam sebaliknya PAS sendiri yang
memperlekehkan undang-undang Islam dengan mengatakan hukum hudud itu hanyalah
0.0001 peratus daripada ajaran Islam.
“UMNO
terima dasar kebangsaan kerana undang-undang Malaysia yang menuntut kemerdekaan
ketika itu dibuat oleh Raja dan pembesar Melayu,” katanya. -BHarian
No comments:
Post a Comment