JOHOR BAHRU -
Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya Lim Kit Siang telah menjadi mangsa permainan
politik Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menerima tawaran bertanding di
Parlimen Gelang Patah.
Timbalan
Perdana Menteri berkata, tindakan Penasihat DAP itu meninggalkan penyokong
setianya di Ipoh Timur untuk bertanding di kubu kuat Barisan Nasional (BN)
kerana yakin Anwar juga akan meninggalkan Permatang Pauh untuk bertanding di
Perak.
"Macam
inilah ceritanya, bagaimana Kit Siang kena main politik oleh Anwar. Mereka ini
kononnya ada muafakat dalam pakatan pembangkang, mereka berdua berpakat, Kit
Siang pergi ke Gelang Patah dan Anwar pula akan pergi bertanding di Perak.
"Anwar
kemudian datang ke Johor dan umum Kit Siang akan jadi calon DAP di Gelang
Patah. Jadi, bila dah umum, Kit Siang sudah terikat di sini dan tidak dapat
berbuat apa-apa," katanya semasa berucap pada Majlis Himpunan Rakyat
1Malaysia Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Raya Taman Universiti di
sini malam tadi.
Muhyiddin
berkata, pada masa sama, Anwar masih mencari kawasan yang selamat untuk dia
tandingi di Perak tetapi tidak mengumumkannya sehinggalah Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak diajukan soalan mengenai tindakan Ketua Pembangkang
itu.
"Jadi,
bila dia (Anwar) fikir balik perkara itu, dia pun patah balik ke Permatang Pauh
dan akhirnya Kit Siang terikat di kubu kuat BN di Gelang Patah dan meninggalkan
tempat lamanya di Ipoh Timur. Jadi, siapa yang kena main di sini,"
katanya.
Namun kata
Muhyiddin, beliau percaya BN Johor mengalu-alukan kedatangan Kit Siang ke
negeri ini dan yakin Abdul Ghani tidak gentar dengan perkembangan tersebut
sekali gus menyeru semua rakyat negeri ini untuk memastikan Penasihat DAP itu
akan berkubur di Gelang Patah. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment