KENINGAU -
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan tindakan Pas
membangkitkan semula isu pelaksanaan hukum hudud sebagai gimik pilihan raya
semata-mata.
Beliau
berkata, dalam manifesto pembangkang jelas sekali soal hukum hudud tidak
disentuh, malah DAP tidak pernah sama sekali menyatakan persetujuan mereka
dalam perkara itu.
"Jadi
kalau ini (pelaksanaan hukum hudud) dijadikan soal prinsip bererti Pas tidak
seharusnya bergabung dalam Pakatan Rakyat kerana ini soal pokok yang
diperjuangkan mereka.
"Sekarang
ini DAP kena respons apa pendirian mereka dalam perkara ini dan saya jangkakan
DAP terpaksa membuat kenyataan sebab kalau tidak yang bukan Islam akan meletakkan
banyak persoalan tentang pendirian parti itu," katanya dalam sidang akhbar
selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kompleks Sukan Keningau di sini hari
ini.
Yang turut
hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Presiden Parti Bersatu Sabah, Tan
Sri Joseph Pairin Kitingan; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri
Joseph Kurup; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan kepemimpinan BN
negeri.
Tambah Najib,
UMNO tidak pernah menolak hukum Islam itu tetapi beberapa persoalan termasuk
kesesuaian masa dan sebagainya perlu diambil kira dalam melaksanakan perkara
tersebut.
Dalam pada
itu, mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa
tempoh masa lima tahun belum cukup untuk melaksanakan pelbagai perancangan adalah
tidak benar sama sekali kerana tempoh berkenaan sudah cukup panjang.
Katanya,
agenda transformasi nasional yang dilaksanakan kerajaan BN terbukti dapat
dilihat keberhasilannya hanya dalam tempoh empat tahun sahaja.
"Kalau
kita hendak merancang, tahun pertama kita boleh lakukan tahun kedua kita boleh
laksanakan dan tahun ketiga dan keempat kita boleh tengok hasilnya.
"Saya
tidak takut untuk membentangkan kad laporan kepada rakyat bagi rakyat mengadili
prestasi kerajaan BN. Jadi sepatutnya bila tempoh lima tahun Tan Sri Khalid
boleh membuat kad laporan kepada rakyat dan pengundi kerana itu lebih baik
daripada dia minta lima tahun lagi," katanya.
Sementara itu,
beliau melahirkan rasa kesal dengan kekecohan yang dilakukan pihak tidak
bertanggungjawab ketika musim pilihan raya kali ini.
"Sepatutnya
tidak berlaku. Biarlah bersaing dengan sihat, tunjuk amalan demokrasi yang
boleh menjadi teladan kepada orang lain," kata Perdana Menteri.
Ditanya
dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beberapa negeri
termasuk Sabah dan Johor akan jatuh ke tangan mereka, Najib berkata, itu adalah
'permainan' pembangkang semasa musim pilihan raya umum. –UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment