SEREMBAN -
Bekas Ahi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan dari Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Rashid Latiff dan calon PKR di DUN Sikamat, Aminuddin Harun merupakan
wakil rakyat `Fun Fair'.
Ini kerana
dakwa Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Zakaria Nordin, kedua-duanya
akan hanya muncul ketika kempen pilihan raya ketika 2008 dan selepas itu hilang
entah ke mana.
Hari ini Rashid
tidak lagi dicalonkan, tetapi diganti dengan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Datuk Kamarul Baharin Abbas di kerusi DUN Ampangan, manakala Aminuddin
kekal bertanding di kerusi sama pada PRU-13.
"Mereka
ini ibarat macam `Fun Fair', dia buka gerai dan meriah masa cuti sekolah, lepas
dia hiburkan penduduk dan anak-anak kita. Lepas kutip untung, dia pun tutuplah.
"Samalah
macam mereka berdua ini, masa macam ini (tempoh berkempen) dia meriah ke sana
sini, tetapi lepas dipilih muka terus hilang apatah lagi buat kerja,'' katanya
dalam ceramah membantu kempen calon BN DUN Sikamat, Wan Salwati Abdullah
berkempen di Taman Paroi Jaya di sini malam tadi.
Katanya,
pengundi jangan lagi dipermainkan oleh pembangkang khususnya calon PKR di DUN
Ampangan dan Sikamat ini kerana telah banyak kerenah mereka dilihat dan tidak
menyumbang apa-apa kepada rakyat dan negeri ini.
"Penduduk
sudah tahu sikap `Fun Fair' calon-calon PKR ini, malah cuba lihat calon mereka
di Ampangan (Kamarul Baharin) pun sudah disabotaj oleh ahli mereka sendiri,''
tegasnya.
Zakaria yang
pernah menjadi ADUN Ampangan selama dua penggal sejak 1999 berkata, BN
mempunyai peluang yang amat cerah untuk menang di dua kerusi ini.
"Kita
akan bekerja keras memastikan kemenangan di Sikamat dan Ampangan. Apabila
Kamarul ditolak oleh penyokong dan pengundi termasuk menutup bilik gerakan dan
menurunkan bendera, kita optimis Ampangan semakin hampir untuk dimenangi ketika
ini,'' kata Zakaria.
Beliau
menjelaskan akan turut membantu calon BN untuk memastikan kemenangan besar
dalam PRU-13 ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment