BERI PELUANG UMNO KETUAI BN P.PINANG
KEPALA BATAS:
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang wajar memberi peluang kepada Umno untuk
mengetuai barisan kepimpinan parti itu bagi memulihkan kepercayaan rakyat di
negeri ini.
Anggota
Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata satu
pembaharuan perlu dilakukan bagi memastikan BN masih relevan dan diterima baik
oleh penduduk negeri ini.
"Pada
pandangan peribadi saya, kepimpinan BN negeri wajar diserahkan kepada Umno
kerana ini sudah masuk dua penggal (selepas pilihan raya umum ke-12 dan ke-13)
MCA dan Gerakan di Pulau Pinang ditolak oleh pengundi Cina.
"Jadi
adalah wajar sekiranya kepimpinan tertinggi BN memberi peluang kepada Umno
negeri untuk menerajui BN Pulau Pinang sebagai satu cara untuk memulihkan
semula sokongan rakyat termasuk kaum Cina kepada BN," katanya di sini,
Ahad.
"Memang
secara tradisinya jawatan pengerusi BN negeri diberikan kepada Gerakan tetapi
kita tidak harus terikat dengan tradisi itu...realitinya B Nnegeri perlu diberi
suntikan semangat baharu," katanya. – BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment