KUALA
TERENGGANU - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan janji pakatan pembangkang
menurunkan segera harga minyak merupakan mainan 'drama' ketuanya, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Perdana
Menteri berkata, semua pihak termasuk Anwar sendiri tahu janji itu sukar untuk
dilaksanakan.
Beliau
seterusnya memberikan contoh Indonesia yang merupakan antara pengeluar terbesar
minyak, kini memutuskan untuk menaikkan harga bahan bakar itu bagi mengelak
menganggung subsidi yang lebih besar.
"Dia
ingat senang nak turunkan harga minyak, elektrik, air dan menghapuskan pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta tol. Kalau senang,
kenapa negara lain tak buat?
"Ketika
negara-negara lain berdepan dengan kegawatan ekonomi, keadaan di negara kita
masih tetap memberangsangkan." - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment