PULAU PINANG -
Rakyat di negeri ini terutama pengundi di kawasan Bukit Bendera diingatkan
supaya tidak terpedaya dengan calon Melayu tunggal DAP Pulau Pinang yang akan
bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Ketua Pemuda
UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, rakyat yang akan turun sebagai
pengundi pada Ahad ini perlu menilai kredibiliti calon berkenaan agar tidak
menyesal di kemudian hari.
Katanya,
perkara itu penting bagi memastikan kelangsungan bangsa, agama dan negara dapat
terus dipertahankan.
"Tuan-tuan
jangan mudah terpedaya dengan calon Melayu mereka ini, Zaril Khir Johari yang
akan bertanding di Parlimen Bukit Bendera.
"Kalau
dia di datang masuk kampung untuk berkempen, tanya apa pendirian dia terhadap
isu Kalimah Allah.
"Berani
atau tidak beliau menyatakan pendiriannya terhadap isu ini. Dari situ nilailah
sendiri perjuangan Zairil. Isu kalimah Allah ini penting kerana berkait dengan
akidah kita," katanya ketika berucap dalam ceramah di Bagan Jermal di sini
malam tadi.
Dalam ceramah
berkenaan, Shaik Hussein turut mengingatkan rakyat agar tampil meminta
penjelasan daripada calon pembangkang terhadap beberapa isu lain yang tidak
diperjelaskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga hari ini.
"Tanya
pasal isu Bayan Mutiara, mana pergi keuntungan kerajaan negeri jual tanah
berkenaan? Tanya pasal isu penjualan tanah Taman Manggis dan pembinaan terowong
dasar laut.
"Minta
mereka jelaskan mengenai pemberian tanah 44.5 hektar di Tanjung Pinang kepada
syarikat terlibat dalam projek terowong ini. Mengapa perlu ada tol sedangkan
kerajaan negeri menyerahkan tanah rakyat kepada syarikat terlibat dan mana
janji mereka untuk menghapuskan tol?" soalnya. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment