SEREMBAN - Pas sebenarnya sedang ditolak oleh ahli-ahli DAP, namun usaha itu dijalankan
secara halus dan tanpa disedari dalam meneruskan misi mereka menakluki
Putrajaya.
Naib Pengerusi
DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass berkata, walaupun setakat ini hanya
Pengerusinya, Karpal Singh yang menolak secara terang-terangan ideologi Pas,
perkara yang sama juga dipercayai berlaku dalam kalangan ahli.
''Jangan
terperanjat jika ada pengundi yang menyokong DAP menolak calon Pas pada pilihan
raya umum kali ini kerana mereka tidak yakin dengan Pas. Malah ada juga calon
Pas ini nanti akan kalah kerana ketiadaan sokongan pengundi.
''Kalau Karpal
Singh sendiri sudah menolak ideologi Pas dengan menyatakan langkah mayatnya
terlebih dahulu secara terang-terangan, saya rasa ada juga kalangan ahli yang
menolaknya tetapi dilakukan secara halus," katanya ketika dihubungi di
sini hari ini.
Beliau diminta
mengulas berhubung gerakan peraih undi DAP yang menerapkan sentimen anti-Pas
kepada pengundi dan menolak calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
Ditanya
mengapa gerakan itu dilakukan secara halus, David Dass menjelaskan, langkah itu
bagi menjaga hati kepimpinan Pas yang kini berada dalam komponen pakatan pembangkang
demi melihat UMNO dan Barisan Nasional tumbang.
Malah katanya,
penolakan Pas oleh para pengundi DAP dibuat memandangkan parti itu gagal dalam
menjelaskan beberapa isu pokok dalam pakatan pembangkang termasuk berkaitan
usaha melaksanakan negara Islam dan hukum hudud.
''Ramai yang
meragui pelaksanaan negara Islam dan hudud Pas. Kita tidak nampak pun usaha
parti itu dalam menerangkan ideologinya kerana mereka lebih mengutamakan kuasa
untuk ke Putrajaya. –UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment