GST HARUS DILAKSANAKAN SECARA BERPERINGKAT
KUALA LUMPUR:
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), jika dilaksanakan, haruslah dilakukan
secara berperingkat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pada
Selasa.
"Semuanya
harus dilakukan secara berperingkat, perlahan-perlahan, bukan jumlah sepenuhnya
sekali gus, bagi faedah rakyat," kata beliau kepada pemberita pada Forum
CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2013.
Pakar-pakar
ekonomi pula berpendapat, sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST
sebagai sebahagian daripada usaha menambah pendapatan kerajaan.
"Keseluruhannya,
pelaksanaan GST itu baik. Saya rasa kerja-kerja perhubungan awam perlu
dilakukan lebih sedikit tentang GST ini dan kita tidak harus bersikap terlalu
idealistik dengan berkata ia tidak akan menyebabkan inflasi. Ia akan
menyebabkan inflasi," tegas Nor Zahidi.
Mengenai
sasaran kerajaan untuk mengurangkan lagi defisit fiskal dalam Bajet 2014, Dr
Mahathir berkata ia adalah langkah yang baik dan ia menunjukkan bahawa kerajaan
sedang bergerak positif ke hadapan. – BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment