TIDAK PERLU LAYAN PEMBANGKANG - TUN M
KUALA LUMPUR -
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak perlu
mendengar dan melayan sebarang desakan daripada pembangkang.
Menurut
beliau, ini kerana pembangkang tidak ikhlas untuk membawa pembaharuan yang
memberi kebaikan sebaliknya hanya mengambil atau mereka-reka sesuatu isu untuk
menumbangkan kerajaan.
"Pada
pendapat saya, apabila pembangkang cakap sesuatu, jangan layan mereka, selama
23 tahun (menjadi Perdana Menteri) saya tidak melayan mereka.
"Pembangkang
akan sentiasa menuduh kerajaan menipu, apabila mereka mahukan penggunaan dakwat
kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan kerajaan akur pada permintaan
itu, namun mereka tetap tidak menghargainya.
"Mereka
tidak berminat untuk menjadikan perkara lebih baik atau pilihan raya bersih,
mereka hanya mahukan isu dan di sebalik semua permintaan ditunaikan termasuk
membenarkan pengundi-pengundi yang berada di luar negara, mereka tetap tuduh
kerajaan menipu," katanya ketika berucap dalam Forum Ketua Pegawai Eksekutif
2013 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Menurut Dr.
Mahathir, beliau bagaimanapun melihat beberapa parti pembangkang semakin matang
apabila dua parti iaitu DAP dan Pas tidak menyokong demonstrasi yang dianjurkan
Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Politik
tidak selalunya rasional, pembangkang menggunakan segala isu untuk menuduh
kerajaan menipu, mereka boleh tuduh perkara itu tetapi jangan buat kekacauan di
negara ini, sekiranya kita menjadi matang, negara ini ada masa depan yang lebih
baik," katanya.
Katanya,
beliau bersyukur rakyat Malaysia tidak mempunyai budaya ganas namun hak
kebebasan bersuara tidak sewajarnya disalahgunakan dan perkara itu perlu
dikawal selia untuk menjaga keamanan serta kestabilan negara.
Katanya, usaha
juga perlu dilakukan untuk memperkukuhkan integrasi serta perpaduan rakyat
negara ini yang berbilang bangsa dan agama.
Menurutnya,
matlamat itu boleh dicapai dengan setiap rakyat Malaysia memperkasakan
penggunaan Bahasa Kebangsaan dan setiap pelajar tanpa mengira bangsa mendapat
pendidikan di sistem sekolah yang sama.
Dalam pada
itu, menurut Dr. Mahathir, beliau percaya kepada sistem demokrasi, namun beliau
berpendapat kerajaan perlu kuat bagi menghadapi cabaran yang bukan sahaja
datang dari dalam negara tetapi juga luar negara.
"Sekiranya
kerajaan lemah, pelaksanaan polisi dan undang-undang menghadapi kesukaran,
lagipun kita memerlukan tempoh masa untuk satu-satu idea direalisasikan,"
katanya. –Utusan Online
No comments:
Post a Comment