PARLIMEN KE-13 LEBIH HANGAT, LEBIH GANAS
KUALA LUMPUR -
Dewan Rakyat yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu
dijangka bakal menyaksikan pertembungan lebih hangat apabila ianya mula
bersidang pada 26 Jun ini.
“Apa yang
paling utama adalah mencari kesepakatan dalam menyelesaikan isu rakyat dan
ditangani bersama-sama," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
“Sebagai wakil
rakyat yang dipilih, seharusnya semua Ahli Parlimen dapat menjalankan
tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebaik mungkin.
“Elakkan
daripada isu boikot yang mana sebelum ini ramai Ahli Parlimen yang berpakat
keluar Dewan Rakyat jika tidak setuju dengan usul atau jawapan daripada pihak
lain,” tegasnya.
Menurutnya
lagi, sabotaj seperti yang dilakukan sebelum ini perlu dihentikan termasuk
tindakan keluar dewan ketika parlimen masih bersidang.
“Perkara ini
harus diberi peringatan sebelum sidang Parlimen bermula. Ia hanya akan
mengundang lebih banyak masalah.
“Saya tidak
lihat apakah positifnya tindakan sedemikian dilakukan. Saya juga berharap semua
Ahli Parlimen akan dapat mewakili rakyat menjadi seorang yang lebih matang
dalam mengutarakan setiap isu tanpa prejudis,” katanya. –KLPos.com
No comments:
Post a Comment