TUN M AKUI KESILAPAN TIDAK SEKAT INTERNET SEMASA
BERKUASA
Tun Dr
Mahathir Mohamad mengakui kesilapannya semasa masih berkuasa kerana memberi
jaminan tidak akan menyekat internet, ia ekoran keputusan pilihan raya umum
ke-13 (PRU13) baru-baru ini dimana media baru banyak memainkan peranan.
Dr Mahathir berkata,
beliau kini terpaksa menimbang semula keputusannya selepas memberikan kebebasan
penuh internet semasa mengetuai Multimedia Super Corridor (MSC) pada 1996.
"Ketika
saya mengetuai MSC, saya ditanya oleh seorang wanita Amerika sama ada kami akan
menyekat internet.
"Saya
beritahu dia tidak, kami akan jadi sangat bebas... tapi kini saya terpaksa
berfikir dua kali," kata beliau semasa berucap pada majlis penutup CEO
Forum 2013 di Berjaya Times Square Convention Centre disini.
Beliau juga
berkata tidak menyangka keputusannya tersebut menyebabkan perubahan yang
drastik sehingga ia disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab hinggakan
orang ramai mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi antara satu sama lain.
"Bila
berikan kebebasan, kamu fikir tiada banyak yang akan berubah tapi sekali kamu
beri mereka kebebasan, mereka cenderung menyalahgunanya.
"Sekarang
kamu lihat orang ramai melakukan provokasi antara satu sama lain,
kenyataan-kenyataan tersebut menyebabkan kita semua tidak dekat antara satu sama
lain," katanya lagi.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berjanji tidak akan melakukan
sekatan terhadap Internet, namun akan mendekati rakyat Malaysia melalui media
sosial.
Najib
menegaskan kerajaan tidak akan bertindak melesenkan portal berita dan blog
sebagaimana dilakukan negara jiran, bagaimanapun, katanya, bagi memelihara
keharmonian nasional, kerajaan akan tetap menguatkuasakan undang-undang sedia
ada.
Media sosial,
terutamanya Facebook dan Twitter, telah diakui menjadi sebahagian daripada
pencetus "Arab Spring" di Mesir apabila rakyat negara itu menuntut
presiden mereka Hosni Mubarak untuk meletak jawatan.
Kira-kira 13.6
juta pengguna Facebook di Malaysia dari 28.3 juta penduduk, mewakili 48 peratus
dari keseluruhan penduduk, menurut laman web socialbakers.com.
Dua puluh
sembilan peratus pengguna Facebook di Malaysia berusia antara 25 hingga 34
tahun.
Penganalisis
politik berpendapat rakyat Malaysia lebih menggunakan Internet untuk
mendapatkan maklumat, yang menyebabkan ahli politik menggunakan Facebook dan
Twitter untuk mendengar kata pengundi, dan tidak lagi bergantung kepada media
arus perdana, menyaksikan penjualan akhbar semakin merosot dan tontonan di
televisyen semakin berkurangan. – The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment