MENGADU KE INDONESIA, ANWAR TIDAK BERJIWA BESAR
KUALA LUMPUR -
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menunjukkan dirinya berjiwa
besar dalam ekoran mengadu kepada pemimpin Indonesia dengan mendakwa berlaku
kepincangan ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Anwar Ibrahim
bersama Goenawan Mohamad (kiri) dan Ulil Abshar Abdalla di Indonesia
|
Ketua Pemuda
UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Anwar dilihat ketandusan idea
sehingga bertindak mencari campur tangan asing dalam isu tempatan.
Khairy
mengulas mengenai tindakan Anwar mengadu kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan bekas Naib
Presiden Republik tersebut, Jusuf Kalla, dengan mendakwa berlakunya kecurangan
pada PRU13.
Jelasnya,
sebarang ketidakpuashatian mengenai PRU13 boleh dilawan di mahkamah selepas
petisyen pilihan raya difailkan.
“Adalah lebih
baik jika didapati wujud kelemahan tertentu, failkan petisyen pilihan raya dan
selesaikan di mahkamah,” katanya.
Tambah Khairy,
tindakan Anwar mengadu kepada pemimpin luar memalukan dirinya sendiri.
“Saya tidak
hairan tindakan sedemikian. Itulah sikap sebenar mereka (PR) yang tidak boleh
menerima hakikat kekalahan mereka.
“Saya percaya,
pemimpin luar negara juga sudah mengetahui agenda tersebut. Jika ada yang tidak
puas hati, selesai cara profesional di mahkamah,” katanya.
Katanya lagi,
hubungan dua hala yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia tidak akan
terjejas dan kerajaan sentiasa menjaga hubungan baik dengan pemimpin luar. –KLPos.com
No comments:
Post a Comment