PRK KUALA BESUT KRITIKAL, SANGAT PENTING –
AZMIN ALI
KUALA LUMPUR -
PRK Kuala Besut disifatkan pertandingan yang kritikal serta sangat penting
kepada Umno-BN dan PR kerana ia mampu menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan
negeri, ujar Mohamed Azmin Ali.
Sehubungan itu
katanya, pertarungan merebut kerusi itu dijangka sengit khususnya parti
pemerintah yang akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kerusi berkenaan
daripada dirampas parti lawan.
Apatah lagi,
ia melibatkan risiko kehilangan kuasa pentadbiran di negeri itu.
"Bagi
Umno, ianya perlu untuk mempertahankan kerajaan negeri, bagi PR ianya amat
perlu untuk kita membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru selepas PRK itu.
"Sekiranya
PR dapat menawan semula kerusi berkenaan kerana kerusi itu pernah dimenangi
oleh PKR pada 1999.
"...
ianya tidak mustahil untuk PR sekali lagi mewakili kerusi itu pada PRK akan
datang," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui dalam program
'Wacana Ucapan Dasar, Laksana Satu Nyawa' bersama Timbalan Presiden PKR, di
sini, semalam.
Beliau berkata
demikian mengulas kekosongan kerusi Dun Kuala Besut, Terengganu susulan
kematian penyandangnya, Dr A.Rahman Mokhtar dari BN.
Azmin juga
tidak menolak kemungkinan PKR akan meletakkan calonnya di kerusi tersebut yang
merupakan PRK kali pertama akan diadakan selepas pilihan raya 5 Mei lalu.
Bagaimanapun
katanya, keputusan itu hanya akan diketahui selepas satu mesyuarat bersama
Majlis Pimpinan PR diadakan dalam masa terdekat.
"Saya
yakin kali ini ianya akan menonjolkan satu wakil yang mewakili PR daripada
parti yang akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan PR.
"Sebarang
keputusan yang bakal diambil adalah tertakluk kepada perbincangan dan
persetujuan akan dibuat dalam Majlis Pimpinan PR," katanya lagi.
Selain itu,
Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak supaya menggunakan sebaik mungkin platform PRK itu untuk
menunjukkan kesungguhan beliau dalam melakukan transformasi pilihan raya di
negara ini.– Sinar Harian
KD: Tidak salah berusaha dan bersemangat tinggi untuk berjuang demi
kemenangan parti, namun jangan terlalu yakin akan menang... kerana dikhuatiri
tidak boleh hakikat untuk menghadapi kekalahan.
No comments:
Post a Comment