ISU TUKAR AGAMA ANAK: JANGAN PERTIKAI
UNDANG-UNDANG ISLAM
SHAH ALAM
–Seksyen 107(b) dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah
Persekutuan) 2013 yang memperuntuk persetujuan salah seorang ibu bapa memadai
untuk tukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam tidak boleh
dipertikaikan.
Mufti
Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata, keputusan Kabinet bahawa agama
kanak-kanak tidak boleh ditukar oleh ibu atau bapa secara sepihak tidak boleh
diguna pakai kepada penganut Islam.
“Dari segi
hukum hadanah (penjagaan anak), anak bawah umur asalnya adalah di bawah
penjagaan ibu. Namun, dalam isu berlainan agama, anak itu perlu mengikut agama
ibu atau bapanya yang Islam.
“Misalnya,
jika si bapa memeluk Islam, tetapi si ibu tidak, maka agama anak mereka yang di
bawah umur akan mengikut si bapa,” katanya.
Katanya, ia
dibincang Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Isu
agama tidak boleh dipertikaikan. Undang-undang ini perlu dikekalkan bagi
memastikan martabat Islam berada di kedudukan sepatutnya,” katanya.
Sementara itu,
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Islam merupakan agama rasmi dan
negara ini terikat dengan undang-undang Islam.
“Peruntukan
menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam yang memerlukan
persetujuan salah seorang ibu bapa sudah dipakai sejak sekian lama. Mengapa
perkara ini dibangkit sekarang?
“Undang-undang
itu dibuat berdasarkan undang-undang Islam dan tidak boleh dipertikai,” katanya. - Sinar Harian
KD: Pertikaian yang meragukan.. apakah usul yang diutarakan oleh pemimpin pakatan ini memberi maksud bahawa mereka masih tidak faham atau sengaja tidak faham bahawa Islam adalah agama rasmi
negara?
No comments:
Post a Comment