PRK KUALA BESUT: UMNO YAKIN SOKONGAN TAK BERUBAH
BESUT - Umno
Bahagian Besut yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut akan
menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil yang akan diadakan
tidak lama lagi.
Pengerusi Biro
Penerangan Umno Bahagian itu, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata, ini kerana
pengundi melihat kerajaan BN menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya
umum ke-13 (PRU13) melalui projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan
terutama untuk golongan nelayan di kawasan itu.
Pilihan raya
kecil Dun Kuala Besut akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A.
Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lepas akibat kanser paru-paru.
Wan Zakaria
berkata, sepanjang tempoh Allahyarham Dr A Rahman menjadi wakil rakyat di
kawasan itu, banyak projek pembangunan yang telah dilaksanakan dan masih banyak
lagi sedang dibangun dan dalam perancangan.
"Pengundi
di Dun Kuala Besut, menaruh harapan besar BN kekal di kawasan itu kerana masih
banyak projek pembangunan untuk golongan nelayan termasuk di Pulau Perhentian
akan dilaksanakan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Wan
Zakaria, antara rancangan besar yang sedang dibangunkan di Pulau Perhentian
termasuk pembangunan penempatan penduduk melalui pembinaan tiga blok rumah
pangsa, masjid dan projek pelancongan.
Wan Zakaria
yang pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu selama tiga penggal berkata,
pertandingan merebut kerusi Dun Kuala Besut dijangka menarik kerana ia pilihan
raya kecil pertama selepas PRU13 Mei lalu dan berdasarkan pengalamannya beliau
yakin peluang BN untuk mempertahankan kerusi itu adalah cerah. – Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment